Warga limbongan.net Tidak Puas Hati Dengan Oh!

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 8th, 2010 in Umum No Comments

WAKAF BERANGAN, 8 Mei 2010 – Paparan video oleh Nur Iman Ab Manap menimbulkan rasa tidak puas hati warga limbongan.net kerana telah bersiasah dengan menggunakan kecanggihan ICT. Artikel bertajuk “Oh! Ajal ketika sujud di Masjid” itu menyiarkan paparan video yang telah di sunting dengan tujuan menyedarkan manusia di muka bumi ini tentang betapa besarnya kuasa Allah.

"Hasrat murni penulis itu sememangnya terpuji kerana menerapkan unsur-unsur dakwah dalam laman web hiburan terhangat dunia hiburan Malaysia. Namun tanggungjawab kita menyampaikan sesuatu yang baik seperti ini sememangnya adalah lebih berat berbanding dengan berdakyah" - Shamsudin.

Paparan video yang telah disunting itu dikesan sebagai ‘super impose’ apabila masa yang terpapar di layar tidak betul mengikut susunan pergerakan objek. Jelas sekali bahawa ianya adalah satu lakonan semata-mata tetapi mendapat respon baik yang banyak dari pembaca. Apa yang dibimbangi oleh warga Limbongan.net adalah penerimaan oleh pembaca dari agama yang berlainan (bukan Islam) setelah menyedari kesilapan kecil yang tidak disengajakan ini.

Sementara itu, salah seorang aktivis dakwah di Facebook berkata “Facebook, blog dan website semuanya bukan kita yang merintisnya, jangan biarkan org lain mentertawakan kelemahan yang kita ada. Gunalah sebaiknya agar mereka menyesal dengan dakyah itu…”.

Link: Oh! Ajal Ketika Sujud di Masjid

Foto dan Video Captured by WanRibu:


Leave a Reply