UPU Cherang Tuli Perkemas Jentera Hadapi PRU13

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 22nd, 2010 in Umum No Comments

TAMAN KOBENA, 21 Jun – Perjumpaan Pengarah dan Ketua Portfolio Jentera Pilihanraya UPU Cherang Tuli telah diadakan di kediaman Timbalan Pengarah 1 DUN Limbongan yang juga selaku Pengarah UPU Cherang Tuli di Taman Sri Kobena malam ini.

Dalam menghadapi bahang Piliharanraya Umum ke 13 yang semakin hangat, UPU Cherang Tuli menerajui persiapan di DUN Limbongan dengan memperkemaskan lagi perlantikan AJK dan membuat sedikit perubahan untuk memperkasakan lagi jentera.

Menurut Pengarah UPU ini, Hj. Ghazali Abdullah, jentera kali ini lebih kemas lagi dengan penglibatan generasi muda yang semakin bersemangat dalam memperjuangkan dasar parti. “AJK yang dilantik adalah orang yang betul-betul mempunyai kebolehan dan diharap dapat mencurahkan bakti serta bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang digalas nanti” katanya.

Perjumpaan ini juga turut dihadiri oleh ADUN  Limbongan dan Penolong Setiausaha MTD yang memantau segala persiapan yang dilakukan di UPU ini. Lawatan ADUN juga bertujuan untuk mencatit markah sempena Pertandingan UPU Terbaik dalam Program Cakna Rakyat DUN Limbongan yang akan berlangsung Julai ini.

Dalam ucapan penutup Drs Hj. Zainuddin, beliau menyatakan bahawa usaha Jentera UPU Cherang Tuli harus diberi pujian dan dijadikan contoh bagi UPU lain bukan sahaja di DUN Limbongan malah bagi seluruh UPU yang sepatutnya sudah merasai kehangatan PRU13 yang dijangkakan akan diadakan lebih awal dari masa yang sepatutnya. “Dalam perjuangan Islam, tidak ada modal untuk dipertaruhkan selain terus menjana keimanan dan memperkukuhkan saf. Habuan bagi kerja-kerja yang murni hanya akan diberi ganjaran oleh Allah SWT” katanya.

Perjumpaan ini juga membuat perlantikan AJK Khas bagi Program Cakna Rakyat DUN Limbongan dalam mempromosikan dan memperkuatkan pasukan untuk acara yang akan dipertandingkan dalam program tersebut.


Galeri foto oleh wanribu:

Leave a Reply