Tugas Penyelaras Pembangunan Armalah DUN Menggalas Cabaran

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 30th, 2010 in Umum 1 Comment

WAKAF BERANGAN, 30 Mei – Puan Faridah Bt. Harun telah mengharungi cabaran Cakna Armalah selepas dilantik sebagai Penyelaras Pembangunan Armalah DUN Limbongan. Perlantikan ini bermula pada tahun 2006.

Tugas yang utama sebagai PPAD adalah mengumpul maklumat setiap Armalah bagi membuat pemantauan kepada pihak kerajaan negeri khususnya pejabat ADUN Limbongan.

Kesibukkan di PPAD Limbongan

Bagi melengkapkan angka-angka yang tepat setiap Armalah saya terpaksa menjelajah rumah kerumah, desa ke desa, mukim ke mukim, bertemu muka secara langsung dengan setiap Armalah yang menhadapi masalah-masalah terutama masalah ekonomi, pendidikan anak-anak selepasa ketiadaan suami yang disayangi.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YB ADUN limbongan yang banyak memberi galakan dan bimbingan. Begitu juga para penghulu yang amat dekat dengan rakyat disetiap  mukim tidak kedekut jasanya untuk melihat kemantapan tugas-tugas PPAD.

Sehingga hari ini terdapat Armalah DUN Limbongan seramai 2500 orang

Puan Faridah bersiap sedia untuk bertugas

telah didaftarkan dan seramai 300 orang telah berdaftar dengan Skim Takaful Armalah. masih banyak lagi yang belum mendaftar, kami mengharapkan supaya setiap penghulu atau  pimpinan setempat di setiap mukim dapat memberi maklumat dengan kepada Pejabat PPAD Limbingan di talian 09-7864477 atau talian terus 019-9102247.

One Response to “Tugas Penyelaras Pembangunan Armalah DUN Menggalas Cabaran”

  1. UYIB Says:

    Takaful Armalah sangat bagus. Seandainya tugas mendaftar ahli diserahkan kepada penghulu terutamanya kampung nering maka meloponglah orang kampung nering.

Leave a Reply