TEMURAMAH WARTAWAN LIMBONGAN.NET BERSAMA YDP PIBG SANIAH

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on September 5th, 2010 in Umum No Comments

Tajuk: Maahad Saniah Pasir Puteh Melakari Sejarah Pembangunan Insan

Soalan 1: Bila YB menjadi YDP Mahaad Saniah ini

Jawapan: Sejak 6 tahun yang lepas

Soalan 2: Apakah tugas sebagai YDP PIBG ini?

Jawapan: Selaku YDP dengan semua AJK yang terdiri dari para ibu bapa dan guru-guru merancang bagi membantu sebarang masalah yang dialami oleh pihak sekolah terutama masalah kewangan, pembelajaran dan disiplin pelajar setelah beberapa tahun saya diamanahkan oleh pihak ibu bapa menjadi sebagai YDP, kami telah mengambil satu keputusan bersama untuk meletakkan Mahaad ini sebagai satu role model atau sekolah contoh bukan sahaja di daerah ini bahkan untuk bersaing secara sihat di peringkat Negeri Kelantan khususnya bagi  menjayakan wawasan sekolah yang terkandung dalam matlamat dan falsafah pendidikan YIK agar pelajar-pelajar mampu menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Soalan 3: Bagi merealisasikan hasrat tersebut, apa plan YDP?

Jawapan: Sempena dengan Ramdhan 1431 tahun ini, kami pihak PIBG telah meletakkan sasaran bahawa Maahad Saniah mesti dibangunkan prasaana yang baik untuk menggantikan bangunan-bangunan yang tidak sesuai atau yang lama dengan bagunan baru maka kami mensasarkan kutipan derma RM10 juta. Oleh itu bagi menjayakan hasrat ini PIBG menganjurkan konsep sedekah Ramadhan dikalangan pelajar dilancarkan dengan RM1 seorang setiap hari waktu persekolahan. Alhamdulillah setakat hari ini kutipan bermula 1 Ramadhan telah turkumpul sebanyak RM18,000. Purata RM1000 sehari bagi mengerakkan dana ini untuk lebih efektif lagi maka PIBG merancang mengadakan hari Pelancaran Pembangunan Dana pada 16 Sebtember yang akan disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar dan Dato Mohd AMar Nik Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah. Pada Majlis ini diharapkan kutipan RM300,000.

Soalan 4: Apakah mungkin pada pandagan YB YDP wawasan ini tercapai?

Jawapan: Saya yakin apabila ibu bapa faham, guru-guru faham dan pelajar-pelajar sendiri memahami hasrat ikut serta saham pembangunan pendidikan sebagai modal yang mereka akan mendapat keuntungan diakhirat nanti maka misi ini akan dapat direalisasikan. Inilah yang dikatakan tanda arash kejayaan kurikulum YIK melalui falsafah dan matlamat YIK Berjaya diamalkan oleh semua yang terlibat dalam system pendidikan YIK.

Soalan 5: Apakah mekanisma yang PIBG gunakan bagi mencapai target tersebut?

Jawapan: Saya bersyukur kepada Allah SWT, pandangan PIBG dalam merangka strategi tercapainya target tersebut ialah melalui peranan pelajar-pelajar, bekas pelajar, para ibu bapa dan masyarakat sekitar dengan kurang lebih 7000 tenaga yang menggerakkan kutipan derma ini, belum lagi masuk melalui para dermawan luar negeri dan luar negara juga. Jika kita andaikan 7000 bergerak secara sedar, setiap orang kutip RM100 setiap seorang maka tidak mustahil akan mendapat pungutan sebanyak RM700,000. Melalui penelitian di Facebook tentang misi ini, banyak respon yang kami terima adalah sangat positif untuk hadir di pelancaran hari dana tersebut.

Soalan 6: Apakah harapan YB YDP bagi menjayakan gagasan yang sangat besar ini?

Jawapan: Bagi saya gagasan ini tidak besar kerana 20 tahun YAB Tuan Guru menjadi ketua kerajaan yang sentiasa menekankan kepada proses kualiti modal insan rakyat amat berjaya setakat ini contohnya Kelantan terkenal dengan masyarakat pemurah dan banyak kita lihat organisasi luar negeri bahkan luar negara memohon derma melalui aktivi Kerajaan Negeri Kelantan seperti Derma Tabung Cakna Palestin, Tabung Banjir Pakistan dan Bencana Tsunami diaceh dengan jumlah yang berjuta-juta ringgit. Saya sendiri mengalami proses mengumpul dana dalam siri roadshow atau kembara nuzul quran bersama dua orang pelajar cilik dari Maahad Tahfiz Darul Hufazh Lampong Indonesia bermula pada 26 hingga 29 Ogos atau 16-18 Ramadhan rakyat menderma sebanyak RM22,000. Oleh itu saya berkeyakinan gagasan ini tidalah besar tetapi mesti bergerak pantas merentasi minda QA (Qawiyyun Amin) sebagai satu anjakan paradigma menghayati Ramadhan bulan ibadah, bulan quran, bulan sedekah dan bulan jihad.

Leave a Reply