Tangani Masalah Remaja, Drs. Zainuddin Ada Cara Sendiri

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 27th, 2010 in Umum No Comments

PASIR PUTEH, 27 Mei – Pendekatan psikologi harus digunakan pihak berkuasa bagi menangani masalah remaja yang semakin kronik sekarang, di samping penggunaan undang-undang sedia ada.

Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, undang-undang sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana ia tidak memberi kesan secara mendalam.

“Melalui kaedah psikologi membolehkan remaja memahami setiap masalah yang dihadapi mereka,” katanya sempena Program Cakna Belia yang diadakan baru-baru ini.

Drs. Zainuddin juga berkata, sebagai pemimpin masyarakat setempat wakil rakyat perlu mengambil tanggungjawab bagi menyelesaikannya masalah dihadapi rakyat terutamanya melibatkan golongan remaja.

Tambah beliau, keharmonian hidup bermasyarakat ada hubung kait dengan peranan dimainkan wakil rakyat kerana sebagai pemimpin mereka menjadi pendorong bagi mewujudkan situasi tersebut.

Leave a Reply