PASIR PUTEH, 2 Mac – Peningkatan kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang dan pembonceng motorsikal kini amat membimbangkan serta melibatkan golongan remaja,demikian dijelaskan oleh Pengerusi Majlis Keselamatan Jalanraya Kelantan(MKJR) yang juga exco negeri Mejar(B) Md Anizam Abdul Rahman ketika melancarkan kempen Pemakaian Topi Kaledar secara selamat di Perkarangan Majlis Daerah Pasir Puteh baru-baru ini.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Hussin,Pengarah JKJR Azli Sham,Ketua Balai Polis Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal.

Lebih 300 penunggang motorsikal dibekalkan dengan topi kaledar yang selamat dan diluluskan oleh SIRIM di majlis tersebut.

Md Anizam berkata ramai penunggang motorsikal memakai topi kaledar secara salah seperti tidak mengikat dengan betul,topi kaledar yang sudah rosak dan tamat tempoh.

“Penunggang motorsikal perlu sedar akan risiko yang terlalu tinggi semasa menunggang atau membonceng motorsikal kerana ia amat mudah terbabas dan ramai juga yang menunggang secara laju walaupun jalanraya penuh sesak dan ini amat membahayakan diri sendiri”ujar beliau.

Beliau juga berharap seluruh anggota masyarakat sama ada dari kalangan ibu bapa, majikan, ahli professional, politik perlu memberi kesedaran tentang aspek keselamatan jalan raya ini kepada orang dibawah jagaan masing-masing.

Tags: , ,

Leave a Reply