Mesyuarat Pemutihan Senarai 2011

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 19th, 2011 in Umum No Comments

LIMBONGAN – Satu mesyuarat pemutihan senarai bagi permualaan tahun baru 2011 telah dilaksanakan bagi seluruh Daerah Penggawa di DUN Limbongan yang telah membabitkan pihak Penghulu Mukim, Penggawa dan Pejabat Jajahan Pasir Puteh.

Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk mengemaskinikan senarai Rakyat Miskin Tegar, Armalah, Muallaf dan MARRIS (Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia) seperti yang telah direkodkan bagi tahun-tahun sebelumnya. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Penolong Ketua Jajahan Bahagian Pembangunan, Mohd Yasin Bin Mohd Nor ini telah membentangkan senarai yang telah direkodkan dan disemak oleh Penghulu Mukim serta Penggawa dalam masa yang sama.

Pengerusi Penghulu Parlimen Pasir Puteh

Turut hadir dalam mesyuarat ini ADUN Limbongan yang mengalu-alukan kedatangan semua pihak untuk membincangkan lain-lain isu berkenaan dengan pembangunan dan perkembangan semasa di mukim masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi Penghulu Parlimen Pasir Puteh, Hj. Abdullah @ Mohamad Bin Sulaiman mencadangkan agar perjumpaan seperti ini akan diadakan setiap bulan bagi membincangkan segala permasalahan yang melibatkan semua pihak. “Selain membincangkan isu-isu yang tercatat dalam agenda mesyuarat, banyak lagi kata sepakat dapat dibentuk dalam menangani masalah semasa serta memupuk perpaduan yang lebih erat antara kerajaan tempatan dan Kerajaan Pusat” kata Hj. Abdullah lagi.

Leave a Reply