Menggalas Tugas Pengerusi Ladang Rakyat: Wan Saufi

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 30th, 2010 in Umum No Comments

WAKAF BERANGAN, 30 Mei – Sejak Program Ladang Rakyat DUN Limbongan ditubuhkan, jawatan sebagai Pengerusi disandang oleh Wan Saufi Wan Mohd Ali seorang pesara ATM.

Antara tugas-tugas sebagai Pengerusi adalah menyelaras program Jatidiri LR bulanan seperti gotong royong membersihkan jalan, parit, sungai, kubur, masjid dan lain-lain lagi.

Peserta LR juga secara tidak langsung terlibat dengan aktiviti dalam arena Politik seperti membersihkan kawasan ceramah selepas berakhir setiap program yang dijalankan di DUN ini. Setiap peserta LR juga diberi tugas untuk mencari daftar pemilih baru seramai 10 orang untuk setiap ahli.

Sehingga kini jumlah peserta LR DUN Limbongan seramai 101 orang  yang juga terdiri dari 10  orang dari peserta Projek Ikan Keli di Temila.

Leave a Reply