Kelab Sukan Berkuda Pasir Puteh Siap Sedia untuk Cakno Rakyat DUN Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 9th, 2010 in Umum 1 Comment

PASIR PUTEH, 9 Jun- Kelab Sukan Berkuda Pasir Puteh yang berpengkalan di Lembah Sungai Rasau telah membuat persiapan awal untuk acara mengiringi ketibaan Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan aktiviti sukan berkuda di Program Cakna Rakyat DUN Limbongan Julai ini.

Tujuh ekor kuda akan berarak  mengiringi ketibaan Exco pada majlis perasmian Cakna Rakyat sebelum pemeriksaan perbarisan yang akan disertai oleh wakil dari setiap UPU.

Menurut Azhar salah seorang yang terlibat dalam perarakan ini, kuda yang akan dibawa keluar untuk program ini adalah terdiri dari kuda padi dan kuda baka kacukan Kelantan Thailand. Latihan sudah mula dibuat bagi membiasakan kuda dengan suasana yang dijangka ‘heboh’ di Program Cakna Rakyat nanti.

Sementara itu ADUN Limbongan, YB Drs. Zainuddin telah menjanjikan kelainan dalam setiap aktiviti dalam program tersebut. Bersempena dengan matlamat program untuk membawa kerahmatan dan kebahagiaan kepada semua, mana-mana kelab sukan yang ingin menyertai program gilang gemilang ini adalah dijemput untuk mendaftar bersama urusetia program.


Galeri foto oleh wanribu:

One Response to “Kelab Sukan Berkuda Pasir Puteh Siap Sedia untuk Cakno Rakyat DUN Limbongan”

  1. desantaihauz homestay seksyen 7 shah alam Says:

    salam..ada aktiviti di shah alam?kalau ada, mari tinggal di desantaihauz homestay..murah n mewah..semua kelengkapan lengkap..ada astro, wifi, kelengkapan masak, katil, air cond, meja mkn..semuaaa lengkap..mari usha blog saya=)

Leave a Reply