Kahwin Perdana 2010: Selamat Pengantin Baru Wan Rahibullah & Siti Fairuz

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on December 27th, 2010 in DUN Kelantan, Umum No Comments

PENGKALAN CHEPA, 25 Disember – Kerajaan Negeri Kelantan sekali lagi menerajui perubahan apabila mengorak langkah menganjurkan program ‘Kahwin Perdana 2010′ bertempat di PUTIK, Kota Bharu hari ini. Kerajaan Kelantan mengorak langkah tampil membawa salah satu jalan penyelesaian ketika masyarakat khususnya muda mudi pada hari ini banyak terjebak dengan maksiat,pergaulan bebas dan penzinaan. Langkah ini patut dipuji dan seharusnya dijadikan contoh kepada kerajaan negeri-negeri lain dan Kerajaan 1 Malaysia sendiri.

Bermula dengan solat hajat bertempat di Masjid Besar Muhammadi oleh peserta lelaki dan diarak ke Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan(PUTIK), Pengkalan Chepa dengan menggunakan kereta Perodua VIVA serta diiringi oleh Kelab Motorsikal Klasik, Pengantin lelaki disambut oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan kerajaan negeri.

Salah satu pasangan wakil peserta dari DUN Limbongan ialah pasangan Wan Rahibullah (admin limbongan.net) & Siti Fairuz Kamarzaman (orang asal) yang menyatakan langkah ini memberi peluang kepada pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga, sekali gus menyedarkan rakyat bahawa adat dan budaya masyarakat Melayu dalam proses perkahwinan kadang-kadang menyusahkan proses perkahwinan itu sendiri. Maka ramailah yang mengambil jalan pintas semata-mata untuk menempiaskan nafsu serakah di hotel-hotel murah,di dalam semak, hatta dalam tandas awam sekalipun. Anak-anak luar nikah yang lahir hasil dari serakah mereka ini juga dibuang, ditinggalkan bahkan dilempar kerana mereka hanya berlandaskan nafsu semata-mata.

Semua kos perkahwinan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Kelantan berupa mas kahwin 1 Dinar Kelantan + RM500 + sebuah al-Quran. Seramai 101 pasangan bertuah menyertai program ini. Islam tidak pernah sesekali menghalang fitrah manusia dan menyediakan jalan keluar yang terbaik, fitrah manusia itu saling menyukai antara lelaki dan perempuan, fitrah manusia itu sukakan syahwat. Islam menyediakan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian berbeza dengan sesetengah agama ciptaan manusia yang menghalang alim ulamak mereka dari berkahwin. Katanya kahwin itu kotor, tidak menyucikan diri dan sebagainya. Hasil dari itu, kita sering terdengar bahawa ada kes-kes alim ulamak mereka ini berzina secara sorok-sorok. Sememangnya syahwat itu adalah fitrah manusia, kenapa menghalang? Secara automatik, ternafilah agama ciptaan manusia ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Wanribu & Siti Fairuz dan 100 lagi pasangan lain serta Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Majlis Agama Islam Kelantan di atas penganjuran ‘Kahwin Perdana 2010′ ini. Mudah-mudahan program ini dijadikan program tahunan kerajaan negeri dalam proses melahirkan Ijtima’ Muslim, seterusnya Negeri Islam yang diredhai dan diberkati.

Tags:

Leave a Reply