JHET Cari Jalan Penyelesaian
Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 19th, 2010 in Umum No Comments
MERANG, 19 Mei – Seminar Pengurusan Tanah kepada AJK Hal Ehwal Tanah (JHET) Negeri Kelantan anjuran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan telah membentuk satu kata sepakat dalam menangani hal-hal yang berkaitan.
Seminar yang dihadiri oleh barisan ADUN Negeri Kelantan dan Pegawai-pegawai Jajahan ini dirasmikan oleh Dato’ Hj. Ahmad B. Hj. Yakob selaku Timbalan Menteri Besar Kelantan pada acara penutup 20 Mei 2010.
Antara isu yang dibangkitkan adalah seperti penekanan dalam pungutan hasil tanah dalam membantu peningkatan dalam mengukuhkan kewangan kerajaan negeri. Untuk itu pelbagai strategi telah disusun antaranya membuat semakan dalam memperkuatkan penggunaan sistem 5 S yang telah pun digunakan dalam semua organisasi kerajaan di negeri ini. Kesan terhadap penggunaan sistem ini dapat dilihat dengan berkurangnya kertas masuk atau dokumen di Pejabat Exco sejak kebelakangan ini.
Selain itu lawatan secara partnership antara jajahan juga adalah penting bagi memupuk kerjasama antara agensi-agensi yang terlibat. ADUN Limbongan yang turut berada di Seminar ini memberi satu penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam menjanakan minda yang terbaik untuk Kerajaan Negeri Kelantan.
Galeri foto oleh wanribu:
- Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan yang merupakan ADUN Gual Ipoh memberi perhatian yang penuh.
- Antara ADUN yang dilihat sebagai pemimpin generasi baru dibawah pembentukan secara berterusan oleh Kerajaan Negeri Kelantan
- Kata sepakat dalam agensi dan juga individu yang terlibat dalam apa jua organisasi adalah teras kepada kejayaan di negeri ini
- YB Drs. Zainuddin sentiasa berada di barisan hadapan dalam apa jua seminar memberi tumpuan terhadap isu yang dibincangkan
Tags: exco kelantan, Hal Ehwal Tanah Jajahan, JHET, Kelantan, Limbongan