Drs. Hj. Zainuddin Pejuang Sejarah Negeri Kelantan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 20th, 2010 in Umum No Comments

KOTA BHARU, April 2010 – Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan hari ini menyenaraikan perlantikan beberapa orang tokoh kepimpinan terbaik di seluruh Negeri Kelantan dalam usaha memantapkan lagi pengurusan organisasi tersebut.

“Teladan yang terbaik untuk diaplikasikan dalam kehidupan hari ini dan selamanya adalah berpandukan kepada Sirah Rasulullah S.A.W”- Drs. Hj. Zainuddin

ADUN Limbongan antara pemimpin yang disegani menerima amanah dan anugerah dari Exco Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Dato’ Hj. Takiyuddin B. Hj. Hassan.

Selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, YB Drs. Zainuddin atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Din menerima mandat pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh subseksyen 5(1) Enakmen Perbadanan Muzium Negeri Kelantan 1975 untuk tempoh 2 tahun berkuatkuasa pada 1 Febuari 2010.


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , , , ,

Leave a Reply