Cakna Rakyat: ADUN Limbongan Ziarah Warga Emas Meninggal Dunia

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 8th, 2010 in Umum No Comments

PASIR PUTEH, 8 Jun – ADUN Limbongan menziarah 2 warga emas yang telah meninggal dunia di Kg Merkang dan Taman Beluti Kg Jerat Semata pagi ini sambil menyampaikan wang tunai amanah Tabung Kifalah kepada keluarga si mati.

Lawatan bersama Isteri itu juga ditemani oleh beberapa orang warga MTD Limbongan yang turut sama melahirkan rasa kecaknaan kepada warga emas dan ahli keluarga.

Bacaan doa selamat dan sedekah Al-Fatihah dari YB Drs. Zainuddin dan warga MTD Limbongan yang turut hadir diharap akan membawa kebahagiaan dan kerahmatan kepada semua, InsyaAllah.

Leave a Reply