Budaya Facebook Semakin Menjadi Kegilaan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 20th, 2010 in Umum No Comments

PASIR PUTEH, Kelantan – Pengunaan laman web Facebook adalah satu gaya baru masyarakat hari ini dalam berkomunikasi. Tanpa mengira peringkat umur, status kehidupan atau lain-lain faktor, Facebook boleh menghubungkan antara satu sama lain dengan cara yang paling efektif.

“Facebook umpama dunia kedua kerana ada juga perkara yang tidak mampu dilakukan dalam dunia realiti dapat dilaksanakan di sini seperti bermain golf atau bercucuk tanam” – Wan Rahibullah, admin limbongan.net

Penyampaian maklumat adalah penting dan ianya memerlukan satu ketepatan dan kepantasan dalam segala hal. Facebook adalah salah satu rangkaian yang menepati keperluan ini.

Terdapat  pelbagai alatan  elektronik di pasaran yang menjanakan sistem komunikasi terbaru ini seperti telefon bimbit, komputer riba dan lain-lain lagi. Blackberry adalah satu nama yang sinonim dengan penggunaannya yang paling bermanfaat kerana senang di bawa kemana-mana.

Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan ialah antara contoh pengguna Facebook yang aktif dalam menyampaikan maklumat dalam aktiviti harian beliau. Tidak kurang juga dengan ADUN Limbongan, YB Drs. Hj. Zainuddin Awang Hamat yang kelihatan sentiasa melayari laman web ini menggunakan Blackberry. Beliau juga boleh dijadikan ikon pengguna Facebook bagi pemimpin-pemimpin di Kelantan. “Saya sedang berusaha untuk melatih semua Ahli Jawatan Kuasa MTD Limbongan untuk mahir menggunakan kemudahan ini dalam menjalankan tugas seharian” katanya.

Leave a Reply