Wakil belia DUN Limbongan hadiri Bengkel Asas Kemahiran Videografi
Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 26th, 2010 in DUN Kelantan, DUN Limbongan, Makluman, Umum 3 Comments
KOTA BHARU – Belia di negeri ini diharapkan supaya tidak hanya memberi tumpuan kepada kerjaya makan gaji sahaja tetapi berusaha mendapatkan pelbagai kemahiran.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Pembangunan, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan berkata, sudah sampai masanya remaja dan belia meneroka peluang kemahiran yang disediakan di negeri ini bagi memajukan diri sendiri.
Menurutnya, belia perlu mengambil peluang pelbagai kemahiran yang disediakan menerusi usaha sama antara Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kemahiran Kelantan (Kesdec).
Antara yang diberi pendedahan hari ini ialah Bengkel Asas Videografi selama tiga hari bermula 22 Mei lalu.
“Bagi saya belia perlu mengenali potensi diri dan mempelajari bidang kemahiran supaya mereka ini tidak bergantung sepenuhnya pada peluang pekerjaan kerajaan mahupun swasta, tetapi boleh mempelopori sesuatu bidang itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Terdahulu beliau merasmikan penutupan Bengkel Asas Videografi yang diadakan di Darul Digital dekat sini.
Kira-kira 11 peserta menyertai kursus yang disertai oleh kakitangan swasta dan kerajaan serta belia. Limbongan dot net tidak melepaskan peluang ini untuk memantapkan lagi laman web rasmi MTD Limbongan pada masa akan datang.
Beliau yang juga Pengerusi Darul Digital berharap menerusi inisiatif berkenaan, Kerajaan Negeri dapat membantu golongan sasaran itu dalam memajukan diri.
“Saya rasa bidang kemahiran yang diajar ini berpotensi untuk dimajukan di negeri Kelantan kerana ia memberi peluang kepada belia bagi meneroka sesuatu yang baru untuk dikembangkan,” katanya.
foto oleh wanribu


Saturday, 19 May 2012 




May 26th, 2010 at 5:30 pm
[...] Posted by wanribu on May 26th, 2010 in DUN Kelantan, DUN Limbongan, Makluman, Umum No Comments. KOTA BHARU Belia di negeri ini diharapkan supaya tidak hanya memberi tumpuan kepada kerjaya makan gaji sahaja tetapi berusaha mendapatkan …Read More [...]
May 27th, 2010 at 2:48 am
Kami menyahut seruan agar Belia Diminta Belajar Bidang Kemahiran dengan menawarkan Latihan Kemahiran (Automotif) Bimbingan 4 Dalam 1 …berminat sila hubungi kami su_pajma@yahoo.com atau 019-9868652
June 2nd, 2010 at 4:04 pm
InsyaAllah akan diwar-warkan nanti… ada sebarang details tak untuk admin buat rujukan? (website atau link)