PEKIDA Anjur Kejohanan Bolasepak Piala Ayahnda

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 6th, 2010 in Umum No Comments

PASIR PUTEH, 23 April 2010 – 33 pasukan bolasepak 8 sebelah telah bersaing untuk merebut Piala Ayahnda PEKIDA Pasir Puteh di Kejohanan Bolasepak 8 Sebelah Tertutup yang merupakan penyertaan pasukan terbanyak untuk kejohanan seumpamanya pada tahun ini di kawasan tersebut.

Kejohanan di bawah anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Cawangan Pasir Puteh  ini telah dilansungkan di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh dan Padang Sekolah Menengah Ma’ahad Agama Saniah P. Puteh selama dua hari berturut-turut. Menurut Timbalan Ketua Biro Sukan PEKIDA Cawangan Pasir Puteh, Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail, kejohanan ini diadakan sebagai permulaan untuk mengharungi Demam Piala Dunia FIFA 2010 pada bulan Jun nanti.

"Kita akan mengadakan Kejohanan Bolasepak Terbuka Piala Ayahnda PEKIDA Pasir Puteh tidak lama lagi, InsyaAllah" - Wan Rahibullah

Sementara itu ADUN Limbongan, YB Drs. Zainuddin Awang Hamat menyatakan rasa bangga dengan semangat kesukanan yang tinggi telah ditunjukkan oleh belia-belia yang menyertai kejohanan tersebut. Beliau juga telah merasmikan kejohanan ini di Padang MDPP yang turut dihadiri oleh Ayahnda PEKIDA Cawangan Pasir Puteh, Mohd Nuwawi atau lebih mesra dengan panggilan “Ayah Loh Komando”.

Johan yang membawa pulang Piala Ayahnda bersama RM500.00 adalah pasukan IQ Bestari yang menundukkan pasukan Wakaf Bunut di perlawanan akhir.

ADUN Limbongan yang juga selaku Timbalan Pengerusi PEKIDA Cawangan Pasir Puteh menyatakan rasa bangga dengan pihak Urusetia dan Penganjur yang tak lekang dek panas. “InsyaAllah ambo akan sentiasa memberi sokongan dengan usaha-usaha yang sihat seperti ini” katanya.

Galeri Foto oleh Wanribu:

Tags: , , ,

Leave a Reply