ADUN Limbongan mewakili Kelantan di Perhimpunan Agung PEMADAM

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 29th, 2010 in DUN Kelantan, Umum No Comments

KOTA BHARU, 26 Jun – Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM ke 35 telah diadakan di Dewan Balai Islam, Lundang yang dihadiri oleh anggota-anggota badan bukan kerajaan itu dari seluruh Malaysia.

YB Drs. Hj. Zainuddin sebagai Perwakilan Kelantan telah membuat Ucapan Penangguhan dan menyuarakan rasa syukur kerana Kelantan telah dijadikan tuan rumah pada kali ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga dengan pujian dari Yang DiPertua PEMADAM Datuk Wira Mohd Johari Baharom atas pengurusan dan sumbangan Kerajaan Negeri yang telah bersama-sama menjayakan perhimpunan tersebut.

Drs. Zainuddin menyatakan pendapat bahawa dadah adalah barang mati yang bermaksud semuanya bergantung kepada individu itu sendiri yang mana penyalahgunaan dadah di Malaysia pada hari ini bukan sahaja perlu di fokuskan kepada penagih, malah sesiapa sahaja yang terlibat kerana musuh nombor satu negara ini semakin hari semakin sukar untuk dibendung.

Tepukan gemuruh dari semua yang hadir di apabila ADUN Limbongan menyampaikan Salam 1 Malaysia yang menandakan pergerakan NGO ini adalah satu-satunya badan yang berusaha gigih dalam menghapuskan gejala najis dadah yang tidak mengira status politik di negara ini.

Perhimpunan ini juga di hadiri oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Ab. Fatah Hj. Mahmood yang juga selaku Naib Yang DiPertua PEMADAM Malaysia yang telah membacakan doa pembuka majlis. Beliau juga turut menerima Bendera Rasmi PEMADAM sebagai sumbangan kerana telah mengelolakan perhimpunan ini dengan jayanya di Bandaraya Islam ini.

Leave a Reply