Sukan PASTI Parlimen Pasir Puteh di Padang MDPP

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 29th, 2010 in Umum No Comments

PASIR PUTEH, 29 Mei – Sukan Tahunan Pusat Asuhan Tunas Islam untuk Kawasan Pasir Puteh telah diadakan di Padang MDPP melibatkan semua anak-anak asuhan Islam dari 21 cawangan di sini.

Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti Sukan Bolasepak, Bola Jaring, Tarik Tali dan lain-lain lagi.

Acara yang telah dikelolakan oleh seluruh warga pentadbiran PASTI Kawasan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Puteh itu telah dirasmikan oleh ADUN Limbongan, Drs. Hj. Zainuddin Awang Hamat. Beliau berharap agar aktiviti seperti ini akan diadakan dengan lebih meriah lagi pada masa akan datang untuk lebih menarik minat ibu bapa menghantar anak-anak belajar di institusi Islam seperti ini.


Galeri foto oleh wanribu:

Leave a Reply