ADUN Limbongan cakno peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh
Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 27th, 2010 in Umum No Comments
PASIR PUTEH, 26 Mei – Lawatan YB Adun Limbongan ke Pasar Besar Pasir Puteh bagi mendengar secara lebih jelas permasalahan-permasalahan yang dihadapi terutama isu penguatkuasaan jalan sehala (Jalan Sekolah lelaki) yang menjejaskan peniaga-peniaga.
Mereka memberi beberapa pandangan yang boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Puteh. YB Drs. Zainuddin Awang Hamat mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama para peniaga yang memberi kerjasama ke arah keselesaan semua pihak. Dalam pertemuan dan lawatan tersebut ianya disertai oleh Ketua Peniaga Pasar Besar, Penghulu Mukim Pengkalan dan AJK Pasar Besar Pasir Puteh.
Galeri foto uploaded by Blackberry:
- ADUN Limbongan di sambut oleh para peniaga
- Kak Moh penjual goreng pisang memberi cadangan dengan bersemangat
- Peniaga sayur-sayuran segar
- Terima kasih Cikgu Din kerana datang mendengar masalah kami
- Peniaga bersama lambakan barangan. Baju hijau sayur pun hijau
- ADUN Limbongan dan Penghulu Pengkalan sedang meliti keadaan di pasar
- Luahan masalah dari peniaga-peniaga
- Dialog mengenai permasalahan yang dihadapi oleh peniaga