InsyaAllah bekalan air pulih

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on April 6th, 2011 in DUN Limbongan, Isu Semasa, Lawatan 18 Comments

PASIR PUTEH, 6 April – Rungutan tentang masalah air oleh pengguna termasuk peniaga RO Water dan Kiub Ais, Nazri dalam media sebelum ini  di pasir puteh mendapat perhatian dan kerjasama daripada ADUN Limbongan.

Apabila kegawatan yang berterusan menjadikan seolah-olah air yang menjadi kegunaan harian masyarakat bertambah serius sehingga banyak putaran kehidupan masyarakat di kawasan bandar terbantut maka aduan tersebut telah diambil kira oleh ADUN Limbongan mengangkat aduan kepada sektor-sektor yang berkenaan seperti Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), Exco Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar juga.

Pagi ini Nazri Ais telah menghantar memorandum kepada YAB Menteri Besar untuk mendapat respon yang positif di atas apa yang dialami dan aduan dari masyarakat sekitar bersama ADUN Limbongan dan telah mendapat persetujuan dari Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk membuat tinjauan bersama MB tentang masalah ini.

Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz hadir ke Muka Sauk Loji Wakaf Bunut sebagai dorongan kepada kakitangan AKSB supaya mampu memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Beliau memaklumkan bawah Kelantan sudah 15 tahun tertinggal tidak mendapat pinjaman mudah dari kerajaan persekutuan sedangkan negeri-negeri lain diberikan geran (pinjaman tanpa bayaran balik). Walaubagaimanapun wang yang diberi pinjaman sebanyak RM600 juta itu diagihkan dan dijalankan kepada syarikat-syarikat yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Sewaktu lawatan ini pihak kontraktor sedang menyelanggara untuk membetung besi bagi menakung air di muka sauk loji ini dan insyaAllah dengan langkah ini akan meningkatkan paras air untuk masuk ke muka sauk loji. YAB MB mengharapkan bahawa AKSB membina telaga jejari dalam sungai berhampiran muka sauk agar segera mungkin terutama di musim ini dalam cuaca yanga amat baik.

Sebahagian besar penduduk yang hadir sama dalam lawatan ini amat berterima kasih terhadap usaha yang dilakukan oleh pimpinan dari Kerajaan Negeri secara serius dan terima kasih juga kepada tuan tanah berhampiran muka sauk loji yang berkerjasama bagi mengatasai masalah air yang kian menghantui masyarakat di sini.

Tuan Guru juga amat berterima kasih dengan aduan dan keluhan Nazri Ais yang membolehkan langkah segera di dijalankan dengan serta-merta.

Tags: ,