PASIR PUTEH, 27 November – Sempena 50 Tahun usia Masjid Ibrahimi Pasir Puteh, satu Majlis Jubli Emas yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood disambut meriah oleh masyarakat tempatan.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh rombongan tetamu khas dari China yang telah bersama-sama menjayakan Ekspo Cheng Ho 21-26 November lalu. ADUN Limbongan selaku ketua dalam rombongan ini dalam ulasan beliau mengenai dialog bersama jemaah setempat menyatakan bahawa dakwah Islamiah tidak menspesifikkan kepada halangan namun Islam itu mudah jika difahami dan dihayati dengan sepenuhnya.

Beliau menyatakan demikian setelah ditanya mengenai seorang jurubahasa sukarelawan yang tidak beragama Islam dibawa masuk ke rumah Allah untuk terjemahan bahasa Cina ke bahasa Melayu. “Meskipun tidak menutup aurat sepenuhnya (ketika di dalam masjid), kita telah mampu menyebarkan Islam secara tidak langsung kepada jurubahasa tersebut apabila beliau menterjemahkan ucapan tetamu dari China itu yang kandungannya adalah huraian dari firman Allah dalam Al-Quran” ujar Zainuddin lagi.

Sambutan Jubli Emas ini juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai pertandingan acara dalam dan luar dewan. Antaranya adalah Pentandingan Tilawah dan Hafazan Al-Quran, Pertandingan Azan dan pelbagai Sukan Rakyat seperti dam(haji), Karom, Ping pong dan lain-lain lagi.

Selain itu, Drs. Hj. Zainuddin juga mengucapkan tahniah kepada AJK Masjid Ibrahimi yang telah menganjurkan sambutan ini dan telah mendekatkan masyarakat kepada masjid tentang fungsinya terutama untuk golongan belia.

Galeri Foto:

1. Pertandingan acara dalam dan luar dewan sempena sambutan

Tags: , ,

Lawatan ke Terengganu bersama Tetamu Ekspo Cheng Ho

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 30th, 2010 in Lawatan, Umum No Comments

TERENGGANU, 28 Nov – Seramai 33 orang rombongan tetamu dari China yang telah sama-sama menjayakan Ekspo Cheng Ho di Kota Bharu pada 21-26 November lalu telah di bawa menziarah ke negeri ini.

Lawatan yang diketuai oleh ADUN Limbongan ini juga diiringi oleh Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh telah singgah di destinasi pertama iaitu Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Kuala Terengganu.

Lawatan di sini disambut mesra oleh pimpinan PAS Negeri Terengganu diketuai oleh Hj. Md. Deraman.  Antara tujuan lawatan ini adalah pengkongsian tentang bagaimana perkembangan dunia Islam dan penyebaran  dakwah di China dan tempatan. Sesudah Solat berjamaah, ucapan aluan dan taklimat khas oleh Mudir Maahad Tahfiz, pelawat telah disajikan dengan makanan tengahari.

Rombongan ini seterusnya dibawa melawat ke pamera produk hasil batik di Gedung Noor Arfa. Kepelbagaian produk telah memukau rombongan ini disamping dapat meninjau secara dekat bagaimana produk batik di negara ini dihasilkan secara tradisional.

Galeri foto:

1. Melawat Masjid Kristal

2. Penyampaian Cenderahati kepada Tetamu oleh PAS Negeri Terengganu

3. Makan Malam di NR Seafood Restaurant

Lain-lain foto boleh dilawati di Facebook ADUN Limbongan: http://www.facebook.com/home.php?#!/album.php?aid=29912&id=100000878186654

Tags: , , ,