BERSEMPENA dengan Program Pemukiman Dakwah DUN Limbongan maka pihak YB Adun Limbongan bersama pengurusan Markaz Al-Aitam mengadakan Solat Dhuha, Hajat dan Istisqa’ jam 8 pagi tadi di tapak pembinaan Masjid Al-Aitam.

Tanda rahmat daripada Allah amat diyakini apabila pada waktu solat dilakukan kelihatan awan mendung di langit tanda-tanda hujan akan turun (lihat foto).

Sewaktu Program Pemimpin Bersama Rakyat di SMU (A) Nahdatul Islamiah, Jelor pada waktu tengah hari hujan turun membasahi bumi Pasir Puteh.

Tapak masjid yang akan dibina seluas 10,000 kaki persegi itu telah diwakafkan oleh Hj Mohd Salleh Hussain sebagai mewakili pihak keluarganya, pasangan Hjh Bidah Saman dan Hj Hasan Salleh serta Hjh Makalsom Saad.

Tapak yang diwakafkan untuk pembinaan Masjid Al-Aitam itu dianggarkan bernilai RM120,000 di mana masjid dengan keluasan 3,000 kaki persegi berjumlah lebih kurang RM300,000 sebagaimana pelan asal.

Apa yang menarik kos pembinaan berkenaan ditanggung oleh keluarga beliau. Walau bagaimanapun beliau menyeru mana-mana pihak yang ingin berkongsi saham akhirat melalui pembinaan Masjid Al-Aitam ini bolehlah menghubungi pihak pengurusan Markaz Al-Aitam secara terus menerusi Pengerusi Markaz, Hj Mohd Nordin Ismail (Tuan Guru Ayah Mat) di talian 019-967 5378.

Solat Hajat berkenaan telah diimamkan oleh Tuan Guru Ayah Mad yang turut disertai sama oleh Setiausaha Markaz Al-Aitam, Nik Yusof Nik Abdullah, Setiausaha Adun Limbongan, Hj Mohd Judin Samad serta penduduk sekitar.

Sementara itu Setiausaha Markaz Al-Aitam, Hj Nik Yusof ketika ditemui selepas solat hajat berkenaan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat atas kehadiran beliau melancarkan tabung dana pembinaan Markaz Al-Aitam, 20 Februari lepas.

Selain itu beliau turut mengucapkan terima kasih atas usaha dan sokongan ADUN Limbongan merangkap Penasihat Markaz Al-Aitam yang bertungkus lumus bagi menjayakan program tersebut.

“Tak lupa juga kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung terutama sekali kepada para penderma dan para petugas serta masyarakat sekitar sehinggakan derma yang diperolehi semasa hari pelancaran tersebut melebihi RM100,000 yang di luar jangkaan.

Tags: , ,

Rakyat Kelantan solat hajat di Mekah

Posted by admin on March 1st, 2010 in Isu Semasa No Comments

KOTA BHARU, 4 Dis 2009 – Usaha pihak lawan mahu menggugat kestabilan kerajaan Kelantan turut mendapat perhatian rakyat negeri ini yang sedang mengerjakan ibadat haji di Makkah.

Mereka turut bersimpati terhadap apa yang berlaku melalui berita yang disampaikan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) mengadakan solat hajat di hadapan Kaabah di Mekah malam tadi memohon kepada Allah dikekalkan kerajaan PAS Kelantan dan dilembut hati perdana menteri supaya mengembalikan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan.

Timbalan Pengerusi BBC, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, solat hajat tersebut akan disertai jemaah di kalangan rakyat Kelantan dan beberapa pemimpin PAS yang berada di tanah suci.

Difahamkan turut berada di Makkah Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud, Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Ya’kob, Adun Melor, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Chetok, Ustaz Abdul Abdul Halim Abdul Rahman dan Zainuddin sendiri yang juga Adun Limbongan.

Zainuddin ketika dihubungi dari sini berkata, senjata utama di kalangan orang-orang mukmin ialah doa dan solat hajat bukannya wang ringgit.

Beliau juga menyifatkan tindakan segelintir pemimpin Umno berhimpun di depan bangunan Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan kerana isu doa sebagai benar-benar ketandusan isu.

“Di mana pemimpin-pemimpin atasan Umno sehingga memperalatkan orang kampung dan penarik beca datang menyertai demonstrasi,” katanya.

Selasa lalu kira-kira 100 orang penyokong Umno yang diketuai Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa berhimpun tanpa permit di depan SUK membantah Menteri Besar berkaitan isu doa.

Sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam khutbah Hari Raya memohon kepada Allah Taala membuka pintu hati perdana menteri bagi memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Tags: , , , ,