
- ADUN Limbongan bersama wasi penerima Khairat Kematian Kifaalah. Gambar kecil bersama penerima kaum Cina
WAKAF BERANGAN, 4 Nov – Seramai 33 orang wasi hari ini menerima maanfaat Skim Tabung Kifaalah RM1000 setiap seorang yang disampaikan oleh ADUN Limbongan di Masjid Majidiah.
Semua penerima yang juga termasuk dari kaum Cina mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Membangun Bersama Islam kerana menjadikan skim khairat kematian ini satu yang amat bermanfaat kepada rakyat tanpa mengira warna dan bangsa.
Tags: Skim Takaful Kifaalah
WAKAF BERANGAN, 11 Jan – Seramai 14 orang penerima sumbangan bantuan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Skim Takaful Kifaalah dan Bantuan Pesakit Kronik hadir di perkarangan Masjid Majidiah petang ini.
Penyampaian cek kepada 10 orang wasi dan 4 orang yang mengidap penyakit kronik telah disempurnakan oleh ADUN Limbongan.
Dalam ucapan ringkas beliau melahirkan rasa syukur kerana dapat mengagihkan sumbangan ini dengan jayanya dan berharap agar penerima bantuan menggunakan sebaiknya kemudahan yang disalurkan itu.
Hujan lebat sejak dari tengahari lagi tidak menjejaskan perjalanan program yang berakhir dengan solat Asar berjamaah di Masjid Majidiah.

Raja Ahmad Tarmizi
“Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana dengan sumbangan ini saya dapat membiayai bil perubatan untuk beberapa bulan akan datang” kata Raja Ahmad Tarmizi salah seorang pesakit kronik yang menerima sumbangan tersebut.
Sementara itu, sumbangan RM1000 kepada setiap wasi sememangnya dapat mengurangkan beban terutama kepada mereka yang berada dalam kategori miskin tegar.
Jazakallahu Khairan Khatira…
Tags: Bantuan Pesakit Kronik, Skim Takaful Kifaalah, Tabung Kifaalah