Majlis Berbuka Puasa di Perdana Resort

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on August 6th, 2011 in DUN Kelantan, Umum No Comments

PCB, 5 Ogos – Perdana Resort mengucapkan ribuan terima kasihg kepada Presiden KAFA Tan Sri AnuarMuasa kera mengadakan Majlis Bebuka Puasa TRW bersama anak-anak yatium dari Rumah Anak Yatim Tuan Sabariah Pengkalan Chepa. Majlis juga turut dihadiri YABrs. Ketua Pengarah SEDC dan kakitangan, YB. Pengerusi Lembaga Perdana Resort dan Ahli-ahli.

Tags: , ,

Sambut Kedatangan Ramadhan: Ceramah oleh Dua Penceramah Cilik

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 27th, 2010 in Pasir Puteh No Comments

PASIR PUTEH – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Limbongan mengadakan program Semarak Syaaban Ambang Ramadan yang akan dilancarkan esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, bersempena dengan pelancaran program jam 9.30 malam di Maahad Saniah itu, ceramah daripada dua penceramah cilik akan diadakan.

Menurutnya, penceramah dari Maahad Tahfiz Darul Huffaz, Lampung, Sumatera, Indonesia iaitu Fatimah Az Zahra, 11, dan Umar Al Faruq, 10, memberi manfaat kepada hadirin dengan kepetahan berkata-kata.

“Selain itu, kuliah Maghrib turut diadakan yang dikendalikan penceramah jemputan, Ustaz Zamri Razali sebelum hadirin menyertai solat hajat.

“Solat hajat itu bagi memohon keberkatan dalam setiap apa yang kita kerjakan khususnya untuk bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Zainuddin berkata, tarbiyah Syaaban diberi perhatian sebelum umat Islam menghayati amalan di bulan Ramdan.

Sepanjang progran itu berlangsung katanya, aktiviti kebajikan diselitkan seperti penyampaian sumbangan kepada masyarakat yang layak seperti pesakit kronik.

“Muslimat Pas pula akan menjayakan program kunjungan dari rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan serta mendalami masalah masyarakat.

“Arahan daripada Kerajaan Negeri ini kita laksanakan sebagai mengajak masyarakat untuk bersedia dengan Ramadan termasuk menghayati al Quran yang pernah melembutkan hati musuh Islam pada zaman Rasulullah SAW, seterusnya membentuk tamadun Arab pada waktu itu,” katanya.   -Sumber Sinar Harian

Tags: , , ,