100 ribu untuk Projek Ikan Keli DUN Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on April 5th, 2011 in DUN Limbongan 2 Comments

PASIR PUTEH, 3 April – Sepuluh peserta Projek Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas Ladang Rakyat DUN Limbongan hari ini mendapat benih baru anak ikan keli sebanyak 100,000 ekor untuk meneruskan projek tersebut untuk kali ketiga sejak ianya ditubuhkan di sini.

  • Mohd Fairuz melepaskan anak ikan keli ke dalam kanvas

Menurut Pengerusi Ladang Rakyat DUN Limbongan, Wan Muhd. Saufi Wan Mat Ali kejayaan dalam projek yang lepas menjadi satu dorongan untuk peserta yang menguruskan projek ini meningkatkan pengeluaran lebih dari apa yang dianggarkan dari pihak Ladang Rakyat Aqua Farm Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Perbadanan Ladang Rakyat.

Pengurus Projek Ladang Rakyat Aqua Farm Sdn. Bhd., Mohd Fairuz Hassan menyatakan bahawa tapak projek ikan keli di DUN Limbongan ini adalah yang terbaik berbanding dengan lokasi-lokasi lain. Begitu juga dengan pihak pengurusan DUN dan peserta yang komited dengan tugas masing-masing. Ini adalah faktor kejayaan yang telah menobatkan projek ikan keli di DUN ini adalah yang terbaik di Kelantan.

100 petak yang ditempatkan di Kg. Temila ini mampu mengeluarkan lebih dari 8 tan ikan keli  dalam tempoh 3 hingga 4 bulan sekaligus memainkan peranan membasmi kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup  yang tidak terhad kepada para peserta Ladang Rakyat sahaja.

Tags: ,