Kembara Nuzul Quran Limbongan.net

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on August 28th, 2010 in DUN Kelantan, Lawatan, Pasir Puteh, Pendidikan No Comments

Alhamdulillah kembara Nuzul Quran yang telah dirancang sebelum ini telah berjalan sebagai mana takwimnya.

Imam Abdul Hadi dan Umar Al Faruq

Kehadiran dua pelajar Maahad Tahfiz Darul Huffazh, Lampung, Indonesia yang semakin dikenali dengan panggilan Pendakwah Cilik  iaitu Umar Al-Faruk dan Imam Abdul Hadi dibawah pengurusan  Ustazah Norhayati bt Ismail isteri kepada KH Nursalam bin Abdul Mutalib, maka kembara telah dimulakan di DUN Semerak pada 26 Ogos selepas Solat Asar di Masjid Lama Semerak.

Gandingan dua orang pelajar ini amat memberi makna yang besar kepada masyarakat setempat apabila persembahan bacaan Al-Quran daripada Imam Abdul Hadi dan seterusnya diikuti oleh pemidato cilik Umar Al-Faruq memukau pendengar.

Kepetahan Umar memukau para pendengar di Medan Ilmu, Kota Bharu

Antara aktiviti yang telah dijalankan kembara Solat Subuh serta Kuliah di Masjid Gong Chapa dan Madrasah Imam Al Shafie Seligi Baru,  Kuliah Asar di Masjid Ibrahimi, Kuliah Maghrib sementara menunggu waktu berbuka di Madrasah Al-Solihin Kg. jerat Semata, Kuliah Jumaat di Masjid Mukim Chekok, Ceramah di Medan Ilmu (tempat Kuliah  Jumaat Tok Guru) dan Ceramah Khas Nuzul Quran dan Solat Terawih di Maahad Saniah, Pasir Puteh.

Kuliah Selepas Solat Jumaat di Masjid Mukim Chekok

Sementara itu kembara akan diteruskan lagi sehingga 29 Ogos nanti yang akan berkunjung ke PASTI Lubok Kawah, Jerteh untuk majlis berbuka puasa serta Solat Terawih, Kuliah Subuh di Masjid Taman Kobena bersama anak-anak yatim, Tazkirah di PTJPP dan MDPP. Kembara akan berakhir dengan majlis Pemimpin Bersama Masyarakat di DUN Gaal di SMUA Bukit Yong.

YB Drs. Zainuddin sedang memberi gambaran kepentingan Darul Huffazh Majidiah kepada participant di Majlis Ceramah Nuzul Quran di Maahad Saniah

ADUN Limbongan sebagai Mursyid Kembara Nuzul Quran ketika ditemui berkata, InsyaAllah DUN Limbongan akan membuka Darul Huffaz Majidiah sempena Ramadhan tahun ini. “Saya tertarik dengan kata-kata KH Nursalam yang menyatakan matlamat utama beliau mengasas Maahad sejak 10 tahun itu adalah untuk melatih pelajar supaya menjadi ahli Syurga. Dari itu saya juga berazam dan inilah cita-cita saya untuk merealisasikan Darul Huffazh Majidiah Wakaf Berangan”, katanya.

Ustazah Norhayati menjelaskan sistem pengagihan anak angkat kepada Ustazah Wan Saedah

Ucapan terima kasih tidak terhingga daripada Ustazah Norhayati Ismail kepada para penderma yang sangat bermurah hati memberi sumbangan untuk tujuan menaik taraf Maahad Tahfiz Darul Huffazh, Lampung Indonesia.

Tags: , , , , , , ,

Sambut Kedatangan Ramadhan: Ceramah oleh Dua Penceramah Cilik

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 27th, 2010 in Pasir Puteh No Comments

PASIR PUTEH – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Limbongan mengadakan program Semarak Syaaban Ambang Ramadan yang akan dilancarkan esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, bersempena dengan pelancaran program jam 9.30 malam di Maahad Saniah itu, ceramah daripada dua penceramah cilik akan diadakan.

Menurutnya, penceramah dari Maahad Tahfiz Darul Huffaz, Lampung, Sumatera, Indonesia iaitu Fatimah Az Zahra, 11, dan Umar Al Faruq, 10, memberi manfaat kepada hadirin dengan kepetahan berkata-kata.

“Selain itu, kuliah Maghrib turut diadakan yang dikendalikan penceramah jemputan, Ustaz Zamri Razali sebelum hadirin menyertai solat hajat.

“Solat hajat itu bagi memohon keberkatan dalam setiap apa yang kita kerjakan khususnya untuk bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Zainuddin berkata, tarbiyah Syaaban diberi perhatian sebelum umat Islam menghayati amalan di bulan Ramdan.

Sepanjang progran itu berlangsung katanya, aktiviti kebajikan diselitkan seperti penyampaian sumbangan kepada masyarakat yang layak seperti pesakit kronik.

“Muslimat Pas pula akan menjayakan program kunjungan dari rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan serta mendalami masalah masyarakat.

“Arahan daripada Kerajaan Negeri ini kita laksanakan sebagai mengajak masyarakat untuk bersedia dengan Ramadan termasuk menghayati al Quran yang pernah melembutkan hati musuh Islam pada zaman Rasulullah SAW, seterusnya membentuk tamadun Arab pada waktu itu,” katanya.   -Sumber Sinar Harian

Tags: , , ,