Tamrin Kepimpinan Pemuda PAS DUN Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on October 8th, 2011 in Aktiviti Pemuda PAS DUN Limbongan No Comments

WAKAF BERANGAN, 8 Oktober – Satu latihan kepimpinan telah dianjurkan hari ini di Dewan Majidiah yang dihadiri oleh pemuda-pemuda DUN Limbongan. Antara pengisian dalam latihan ini termasuk perbincangan mengenai Aqidah perjuangan PAS, amal jama’ie dan perkembangan minda & resolusi.

Tamrin pemuda DUN Limbongan

Ust. Mohd Nordin Jaafar sebagai mentor

Menurut Ketua Pemuda DUN Limbongan, Mohd Shabri Yusof, program ini antara lain adalah untuk memastikan saf pemuda di DUN ini sentiasa berada dalam keadaan sedar dan bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 pada bila-bila masa sahaja. Menurut beliau, pemuda adalah aset yang sangat penting dalam perjuangan PAS bukan sahaja untuk menghadapi pilihanraya, namun untuk terus menjadi pewaris kepada kepimpinan yang sedia untuk terus dalam memartabatkan Islam di muka bumi ini.

Tags: ,

Penyampaian Alatan Sukan dan Taklimat Liga DUN 2011

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 5th, 2011 in DUN Limbongan No Comments

WAKAF BERANGAN, 5 Julai – Penyampaian alatan sukan oleh Pemuda PAS DUN Limbongan kepada semua cawangan PAS di DUN ini telah dijalankan di Dewan Majidiah pada hari ini. Majlis dihadiri wakil-wakil pemuda dari semua cawangan dan juga Penghulu-penghulu Mukim.

Satu taklimat ringkas mengenai Bolasepak Liga DUN 2011 juga telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Puteh. Liga yang insyaAllah akan bermula pada 15 Julai ini akan melibatkan wakil pasukan dari semua UPU di DUN ini.

Turut hadir dalam program hari ini Setiausaha DUN Limbongan mewakili ADUN yang masih dalam lawatan kerja di Uzbekistan menyampaikan amanat kepada pemuda-pemuda yang hadir. Antara penekanan dalam ucapan beliau adalah mengenai penglibatan pemuda dalam jentera pilihanraya di peringkat UPU. Beliau juga mengharapkan agar Liga Bolasepak yang akan berlansung nanti berjalan dengan penuh semangat Ukhwah Islamiah.

Tags: , ,