Bantu Armalah Tingkatkan Pendapatan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 3rd, 2011 in DUN Limbongan No Comments

WAKAF BERANGAN , 29 Disember 2010 – Seramai 35 orang Armalah DUN Limbongan yang terpilih dari kalangan peniaga marhaen telah mendapat bantuan suntikan Modal Armalah Niaga yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Penyampaian sumbangan ini diadakan di Dewan Majidiah yang telah disempurnakan oleh ADUN Limbongan yang baru sahaja tiba dari China untuk lawatan kerja bersama beberapa kakitangan kerajaan Negeri Kelantan.

Dalam ucapan beliau menyatakan kekuatan yang ada pada Armalah adalah satu anugerah Allah SWT yang sangat istimewa. Walaupun sekali pandang hidup tidak sempurna tanpa suami, namun Armalah masih mampu menyara keluarga dan inilah yang dikatakan nikmat yang Allah berikan setelah kehilangan orang yang tersayang. Ketabahan Armalah mengharungi hidup tidak ada tolok bandingnya yang kadang-kadang mampu mengatasi kaum adam dari segala aspek.

Menyedari hakikat ini, Drs. Hj. Zainuddin menyuarakan cadangan beliau agar dapat mengadakan Ekspo Kuih-muih DUN Limbongan tidak lama lagi. Cadangan itu mendapat respon yang amat baik dari para hadirin memandangkan kebanyakkan dari Armalah yang hadir adalah peniaga kuih tradisional seperti Cendol, Goreng Pisang dan lain-lain lagi. Zainuddin juga menasihati supaya jangan sesekali berasa hina dengan apa saja kerja yang kita buat kerana Allah amat kasih kepada hambaNya yang tabah, jujur serta gigih berusaha.

Majlis ini juga memperkenalkan Skim Takaful Khairat Kematian Suami Armalah yang dijelaskan oleh Pegawai Armalah DUN, Puan Faridah. Melalui skim ini, Kerajaan Negeri Kelantan akan menyalurkan bantuan bagi meringan beban Armalah yang baru kematian suami. Seramai 10 orang menerima bantuan hari ini yang bernilai  RM700 dan RM1000 bagi Armalah yang mempunyai tanggungan melebihi 5 orang. Jazakallahu Khairan Khatira.

Tags: , , ,