Tarikh: 30 April 2011

Tempat: Dewan Taman Rehlah, Dalam Rhu


KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN AJK 2011-2012


Yang DiPertua: Yb. Dr. Nik Mazian Nik Mat

Timbalan Yang DiPertua: Yuganu Yunus

Naib Yang DiPertua: Yb. Wan Hassan Wan Ibrahim

Ahli Jawatankuasa:

Mohd Nor Ismail, Tuan Sharifuddin Tuan Ismail, Abdul Halim Mohd, Al Azmi Hassan, Nik Yussuf Nik Abdullah, Che Bisi Hassan,

Yb. Saiful Bahrain Mohd, Wan Leh Wan Dollah,Mohd Saupi Abdul Latif, Tuan Mazlan Tuan Mat,Zaizani Azahari,

Mohd Judin Samat, Ghazali Rashid, Helmi Mahmood, Che Awang Ismail, Mahmood Jaafar


PERBAHASAN USUL

1. Usul Pendidikan:

Mendesak agar Kementerian Pelajaran Tinggi memberikan sokongan sepenuhnya dan pertimbangkan serta kelulusan segera terhadap permohonan untuk menaik taraf status Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri kepada status Kolej Universiti.

2. Usul Ekonomi:

Mendesak Kerajaan Negeri Kelantan supaya mengambil tindakan sewajarnya ke atas Petronas bagi memastikan bayaran royalti yang sebelum ini dinafikan dikembalikan dan dibayar semula kepada rakyat Kelantan tanpa campur tangan dari pihak Kerajaan Persekutuan.

3. Usul Agama:

Mendesak Majlis Fatwa Kebangsaanmenyatakan pendirian dan sikap sebenarberhubung penularan budaya fitnah seks tanpa bukti melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mendesak Jabatan Kehakiman Syariah atau Mahkamah Syariah memulakan tindakan Jenayah Qazaf terhadap pelaku (fitnah) bagi membendung budaya jijik ini dari terus bermaharajlela.

4. Usul Pemantapan Jemaah ke arah Persiapan Menghadapi PRU ke 13:

Meminta semua ahli bermula dari kepimpinan tertinggi sehinggalah penyokong diperingkat akar umbi sentiasa memastikan wehdatul fikri dan wehdatul amal menjadi teras dalam setiap gerak kerja bagi mengekalkan kemenangan 5-0 di Pasir Puteh sebagaimana pencapaian dalam PRU ke 12 pada 2008 yang lalu.

Usul yang diterima tanpa bahas:

Dewan Pemuda mendesak pihak kerajaan melalui Yayasan Islam Kelantan supaya menyegerakan projek pembinaan Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah Tualang Tinggi yang tertangguh sejak 2008.


SELAMAT BERJAYA KEPADA AJK YANG DILANTIK, SEMOGA DAPAT MEMIKUL AMANAH DEMI TERUS MEMPERJUANGKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA, ALLAHUAKBAR!!!

Tags: , , ,

Dialog Persiapan ke Putrajaya Sempena Ambang Ramadhan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on August 11th, 2010 in DUN Kelantan, Pakatan Rakyat, Pasir Puteh No Comments

PASIR PUTEH, 9 Ogos – Gerak kerja untuk menghadapi Pilihanraya Umum  ke-13 diteruskan lagi petang ini bertempat di Pejabat PAS Kawasan Pasir Puteh dengan mengadakan satu dialog kepimpinan yang dihadiri oleh  tetamu khas Prof. Madya Dr. Abu Hasan Abdullah yang tersohor sebagai Juara Debat Piala Perdana Menteri pada tahun 1984.

Hadir bersama dalam program ini ialah Yang Di Pertua PAS Kawasan Pasir Puteh, YB Dr. Nik Mazian, yang telah memberikan ucapan alu-aluan yang telah menyatakan rasa tidak puas hati beliau dengan prestasi jentera PAS Kawasan Pasir Puteh yang sehingga kini masih terdapat masalah dalaman yang boleh melemahkan perjuangan.

Beliau juga menyeru agar kepimpinan Parti PAS Kawasan Pasir Puteh khususnya dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan pada Ramadhan akan datang agar dapat mengabdikan diri kepada Allah SWT agar perjuangan PAS mudah-mudahan lebih dirahmati dan diberkati olehNya.

Sementara itu ADUN Limbongan sebagai pengerusi majlis mengulas bahawa program ini bertujuan untuk untuk melatih para pimpinan peringkat Kawasan agar dapat mendalami dengan lebih lagi tentang betapa pentingnya  pencarian, pengkajian dan penyebaran informasi yang sasarannya adalah untuk memperkemaskan lagi kedudukan sebagai pemerintah  di negeri ini dan seterusnya mempertingkatkan prestasi untuk merampas Putrajaya pada Pilihanraya Umum yang akan datang.

Tags: , , , , , ,