Lawatan MTD Limbongan ke Sibu Berbaloi

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 19th, 2010 in DUN Limbongan, Isu Semasa, Umum No Comments

SIBU, 16 Mei – Kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh YB Wong Ho Leng (DAP) dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu membawa seribu makna dalam perjuangan bagi rombongan MTD Limbongan.

Rombongan yang diketuai oleh ADUN Limbongan, YB Drs. Hj. Zainuddin  Awang Hamat selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail pada 17 Mei dengan wajah penuh bergaya. Kepulangan disambut mesra dan gembira oleh seluruh ahli keluarga dan warga MTD Limbongan yang menanti di LTSI.

"Kejayaan di Sibu adalah kemenangan dalam segala-gala tak kira dalam apa jua sudut sekalipun. Tahniah kepada semua petugas di PRK Sibu terutama Pihak Berkuasa Tempatan yang sentiasa memastikan keadaan berjalan dengan lancar" - Drs. Zainuddin

Tags: , , , , , , , , , , ,

Adun Limbongan tambah maklumat ICT

Posted by admin on March 23rd, 2010 in ICT No Comments

Serius mengikuti satu persatu bagaimana perkembangan teknologi maklumat ICT dapat dibina dan membina minda yang boleh mewujudkan seseorang itu ada kredibiliti, akauntabiliti dan integriti.

Tidak mahu ketinggalan perkembangan teknologi ICT, Adun Limbongan mengambil kesempatan ketika menghadiri lawatan ke persidangan Parlimen bersama rombongan Speaker DUN Kelantan, belajar bagaimana sesebuah laman web dibangun dan dikemaskini untuk paparan para pelayar web.

Sedikit sebanyak beliau memahami bagaimana sesebuah laman web itu beroperasi dan memahami tugas seorang webmaster untuk mengemaskini laman web.

Tags: , ,

YB Dato’ Abdul Halim tidak KEDEKUT…

Posted by admin on March 23rd, 2010 in Isu Semasa, Lawatan 1 Comment

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman meluangkan masa selama sejam sebelum memasuki persidangan parlimen pagi ini untuk menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan oleh Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat bagi tujuan berkongsi pengalaman beliau selama terlibat dengan jemaah dan kerajaan.

Bagi beliau memberi ilmu bukan menyebabkan kemiskinan bahkan menjadi semakin kaya, sebaliknya harta semakin diberi semakin ia berkurangan.

“Inilah yang dikatakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa tidak kedekut untuk membuka rahsia kejayaan beliau selama memegang amanah sama ada di peringkat negeri atau di peringkat pusat,” kata Drs Zainuddin Awang Hamat di lobi parlimen selepas mengunjungi Dato’ Abdul Halim, pagi ini.

Dalam pertemuan berkenaan, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman turut mengingatkan semua wakil rakyat Pakatan khasnya di Kelantan supaya memberi tumpuan atau fokus kepada amanah oleh pucuk pimpinan sama ada bergelar wakil rakyat biasa atau barisan Exco negeri.

Katanya, sebagai wakil rakyat adalah menjadi tuntutan hakiki mereka perlu mempunyai banyak informasi menandakan mereka cakno kepada perkembangan yang amat cepat dalam semua bidang.

Dato’ Abdul Halim yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata, rakyat ingin melihat sejauh mana reputasi wakil rakyat yang dimiliki dapat dijana dan dipertahankan demi kestabilan dasar perjuangan.

“Jika wakil rakyat cakno maklumat sudah pasti persepsi rakyat terhadap mereka memberi lebihan nilai tambah bahawa wakil rakyat kita tepat dan betul memain peranan sebagaimana yang diamanahkan,” katanya kepada wartawan BBC Kelantan di Bangunan Parlimen, di sini pagi ini.

Dalam pada itu Dato’ Abdul Halim menghargai inisiatif MTD Limbongan membangun laman web sendiri bagi menyalurkan maklumat kepada rakyat khasnya pengundi di DUN Limbongan.

SINERGI Kepimpinan…

Foto oleh: Wan Ribu

Tags: , ,