KG. MERKANG, 22 Feb – Penderitaan seorang wanita OKU yang hidup sebatang kara tanpa suami dan anak-anak di sini, mendapat perhatian ADUN Limbongan yang berkunjung menyampaikan bantuan.
Mek Som Manaf, 54 yang tinggal sendirian sekian lama selepas terpisah dari keluarga hanya mengharapkan pertolongan daripada jiran tetangga yang datang membantu menguruskan dirinya setiap hari. Mujurlah ada insan yang masih sudi untuk menjaga beliau yang kini dalam keadaan lumpuh separuh badan.
Keluarga Zubaidah Yusuf, 35 yang menceritakan tentang kepayahan hidup Mek Som nama panggilanya Mak Wa semasa lawatan ini membuatkan kami berasa sangat terharu. Ahli keluarga asal Mak Wa yang masih ada kian sukar untuk dihubungi. Ada yang sudah berpindah tempat tinggal atau nombor telefon menyebabkan sukar untuk Zubaidah memaklum kepada mereka sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini lebih-lebih lagi keadaan kesihatan Mak Wa seringkali tidak menentu.
Drs. Hj. Zainuddin yang hadir bersama Penghulu Mukim Merkang dan beberapa orang dari MTD Limbongan menyerahkan sebuah kerusi roda dengan hasrat dapat membantu meringakan beban yang dipikul oleh Mek Som dan keluarga Zubaidah.
“Saya memohon agar sekiranya ada pihak-pihak yang sudi untuk memberi bantuan apa sekalipun kepada Mek Som memandangkan keadaan beliau yang daif dari segi mental dan juga fizikal” ujar Zainuddin lagi.
Tags: Bantuan, kerusi roda, kg. merkang, mukim merkang, OKU, sebatang kara
Pulau Sa, 28 Jun – Kehilangan Azri Bin Hashim sejak 3 hari lalu dengan penuh misteri telah dijumpai pada hari ini jam 5.00 petang oleh abang iparnya sendiri Shamsudin Ibrahim di Kg. Gong Pok Nor, Temila.

Azri yang berumur 37 tahun menghadapi psikosis gangguan mental sejak 10 tahun yang lepas selepas beliau balik dari berkerja di Singapura, tinggal berkeseorangan di rumah bverhampiran dengan rumah keluarganya di Kg. Pulau Sa.
Dia tidak berupaya menjaga diri sendiri yang terpaksa ditanggung oleh abang iparnya. Selepas kematian ibu pada 18 Jun yang lalu beliau semakin tertekan sehingga tanpa disedari oleh keluarga beliau telah menghilang dari rumah sejak 6.30 pagi pada 25 Jun lepas.
Penduduk kampung yang diketuai oleh Penghulu Gong Chapa Saudara Mukhari Bin Abdul Ghani telah melaporkan kepada pihak Polis dan solat hajat, bomoh untuk mencari kehilangan Azri selama empat hari. Alhamdulillah pada hari ini Azri telah ditemui oleh abang iparnya itu.

Penghulu Gong Chapa mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha-usaha mencari Azri yang hilang ini.
Dalam pada itu, ADUN Limbongan mengucapkan tahniah kepada penduduk kampung yang mengambil berat @ Cakna Jiran bekerjasama tanpa mengira masa dan benda semata-mata bersimpatik dengan keluarga berkenaan walaupun Azri ini tidak sempurna akal tetapi orang ramai menghargai beliau juga sebagai satu anggota dari masyarakat yang perlu diambil berat.
Tags: Limbongan, OKU, Orang Hilang, Pulau Sa
PADANG PAK AMAT, 10 Jun- Lawatan kebajikkan YB Drs. Zainuddin hari ini bermotifkan untuk menyampaikan amanah sumbangan Tabung Kifaalah serta mempromosikan Cakna Rakyat DUN Limbongan yang bakal diadakan Julai ini.
Dalam lawatan ini juga ADUN Limbongan sempat beramah mesra bersama 2 orang kurang upaya (OKU) yang merintih hidup dalam serba kekurangan.
Beliau menyatakan bahawa inilah keperitan yang turut dirasai sebagai seorang wakil rakyat. “Tugas yang dipikul ibarat ayam menanti hampas kelapa di bawah jemuran” katanya.
Promosi Cakna Rakyat juga diteruskan oleh semua pihak yang terlibat melalui saluran UPU yang telah mengaktifkan AJK dan petugas-petugas dalam menghadapi hari yang gilang-gemilang nanti.
Galeri foto oleh wanribu:
Tags: Kifaalah, Limbongan, OKU, Padang Pak Amat
PASIR PUTEH, 30 Mei – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) DUN Limbongan yang telah mendapat kelulusan menduduki Kuarters Ketua Jururawat beralamat di JKR 367 Jalan Doktor, Pasir Puteh menyambut ketibaan lawatan ADUN Limbongan dalam rangka membuat pemantauan perkembangan institusi itu bagi mempastikan PDK dapat melaksanakan tugas-tugas pendidikan dengan sempurna.

ADUN bersama dengan Penyelia dan penjaga
Pengerusi PDK DUN Limbongan, Tn. Hj. Zainal Abidin B. Mohd mengucapkan terima kasih kepada ADUN atas memperdulikan PDK ini.
PDK Limbongan mempunyai 33 orang pelajar OKU dengan 3 orang pegawai iaitu seorang penyelia, Rohana Bt. Mohd Nor bersama 2 orang petugas Nik Nubailah Bt. Nik Abd. Rahman dan Siti Suhaida Bt. Abu Bakar dan seorang pembantu Zaipas Aliriah Bt. Mohd Puab.
PDK ini telah wujud sejak tahun 2006. Pihak PDK mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesiahatan atas kebenaran menggunakan kuarters ini untuk beroperasi dan begitu juga PBT Pasir Puteh yang telah memberikan kerjasama dengan baik.
YB ADUN Limbongan amat bersimpati dengan permasalahan PDK yang

Temuramah ADUN bersama penyelia dan penjaga
menghadapi masalah untuk beroperasi secara berterusan (kekal) kerana premis ini boleh diambil alih oleh agensi-agensi berkenaan. Maka pihak PDK mengharapkan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat dapat mengenalpasti satu bangunan yang kekal untuk diberi kepada PDK DUN Limbongan.
Pihak ibu bapa amat menyokong jika sekiranya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Demikian ucapan luahan Azlan Bin Hj. Rajab sebagai mewakili warga ibu bapa yang menghantar anak-anak di PDK ini.
Galeri foto oleh wanribu:
-
-
ADUN bersama dengan Penyelia dan penjaga
-
-
Temuramah ADUN bersama penyelia dan penjaga
-
-
Kemeriahan di PDK
-
-
Sempat meraikan hari jadi “baby”
-
-
ADUN mesra dengan anak-anak
-
-
ADUN tandatangan buku lawatan
-
-
Anak-anak menjamu selera
-
-
ADUN Menjamu Selera
-
-
Meninjau persekitaran lokasi PDK
-
-
Bangunan sementara PDK DUN Limbongan
Tags: Komuniti, Limbongan, OKU, PDK