Sukaneka di Cakna Rakyat DUN Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 30th, 2010 in DUN Limbongan No Comments

PASIR PUTEH, 28 Jun – Mesyuarat MTD Limbongan dan AJK Cakna Rakyat DUN Limbongan hari ini telah memutuskan beberapa acara sukaneka yang akan di pertandingkan dalam program Cakna Rakyat bulan Julai ini.

Timbalan Pengarah Cakna Sukaneka, Ustaz Rahmat bin Ibrahim bersama dengan 9 Ketua Unit hadir membentangkan kertas kerja yang membahagikan  acara kepada beberapa kategori iaitu Dewasa Lelaki dan Perempuan, Remaja Lelaki dan Perempuan, Vateran dan Kanak-kanak PASTI.

Lokasi sukaneka yang telah ditetapkan di Dewan MDPP dan Padang MDPP menyenaraikan 22 acara yang akan bermula sejurus selepas upacara perasmian Cakna Rakyat yang akan dilancarkan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan lebih kurang jam 9.30 pagi.

Antara Sukaneka yang menarik adalah seperti pertandingan kukur kelapa, tunggang basikal lambat, memasak kuih tradisional berasaskan ubi kayu, bolasepak berkaki ayam, suami make-up isteri, smart serban dan lain-lain lagi.

Sementara itu ADUN Limbongan menyatakan rasa bangga dengan persiapan dari seluruh UPU yang sedang giat mengadakan taklimat kepada peserta sukaneka yang mewakili UPU masing-masing.

Tags: , , ,

Sepetang Bersama Tok Guru Kesayangan Rakyat

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 22nd, 2010 in DUN Limbongan, Lawatan, Pasir Puteh, Umum No Comments

KG. NARA, 21 Mei – Ketibaan Menteri Besar Kelantan disambut mesra oleh penduduk tempatan sempena jemputan Majlis Kesyukuran dan Aqiqah bertempat di rumah Udin (Mertua Mat. Ali PMBK).

Selamat Datang Tok Guru

Rombongan ini juga disertai oleh ADUN Limbongan, YB Drs. Hj. Zainuddin bersama angkatan MTD Limbongan. Sedang elok Azan Asar selesai berkumandang, Tok Guru seperti kebiasaannya menjadi Imam untuk Solat Asar berjemaah di Surau Kg. Nara berdekatan dengan rumah pengaturcara majlis.

Jamuan makan diakhiri dengan Majlis Kesyukuran dan Aqiqah kelahiran anak Mat Ali dan cucu Cikgu Din. Tok Guru juga sempat membaca doa selamat untuk semua yang hadir sebagai tanda terima kasih dengan sambutan yang begitu mesra oleh penduduk setempat.


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , , , , , , ,

Lawatan MTD Limbongan ke Sibu Berbaloi

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 19th, 2010 in DUN Limbongan, Isu Semasa, Umum No Comments

SIBU, 16 Mei – Kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh YB Wong Ho Leng (DAP) dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu membawa seribu makna dalam perjuangan bagi rombongan MTD Limbongan.

Rombongan yang diketuai oleh ADUN Limbongan, YB Drs. Hj. Zainuddin  Awang Hamat selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail pada 17 Mei dengan wajah penuh bergaya. Kepulangan disambut mesra dan gembira oleh seluruh ahli keluarga dan warga MTD Limbongan yang menanti di LTSI.

"Kejayaan di Sibu adalah kemenangan dalam segala-gala tak kira dalam apa jua sudut sekalipun. Tahniah kepada semua petugas di PRK Sibu terutama Pihak Berkuasa Tempatan yang sentiasa memastikan keadaan berjalan dengan lancar" - Drs. Zainuddin

Tags: , , , , , , , , , , ,