GONG SERAI, 19 Mac – Selepas banjir pada tahun lalu, hakisan sungai terjadi begitu cepat akibat daripada tindakan pihak JPS membersihkan kawasan sungai.

Kesan pembersihan ini, proses hakisan tebing telah mengakibatkan tanah runtuh. Begitu juga kepala jambatan ikut terjejas.

Bagi mengelakkan kejadian lebih buruk pihak penghulu mukim telah mengambil tindakan susulan dengan melaporkan masalah berkenaan kepada pihak JPS Jajahan Pasir Puteh.

“Alhamdulillah, tindakan cepat pihak JPS jajahan mengeluarkan tender bagi membaik pulih tebing telah mendapat maklum balas luar biasa daripada pihak kontraktor.

“Lebih 100 kontraktor telah melawat ke tempat tapak hakisan tebing tiga hari lepas yang. Keadaan ini telah menyebabkan laluan masuk ke Gong Serai menjadi jem dengan kehadiran kenderaan yang begitu banyak.

“Saya sendiri terpaksa jadi tukang parking kenderaan bagi mengelakkan keadaan laluan bertambah buruk.

“Pihak JPS akan melantik kontraktor berkelayakan untuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih tebing yang terhakis secepat mungkin,” katanya selepas lawatan ke tempat hakisan tebing sungai Gong Serai 16 Mac lalu.

Hadir sama meninjau tempat berkenaan ialah Jurutera Perunding JPS, En. Abdul Razak.

Tags: , ,

TUALANG TINGGI, 19 Mac – Penghulu Mukim Padang Pak Amat, Che Shukri Che Seman wajar menjadi contoh kepada anak mukimnya apabila beliau turut terlibat secara langsung menjadi petani dengan mengusaha padi seluas 20 ekar.

Pada masa sama, beliau mempunyai tiga rumah cendawan yang diusahakan sejak dua tahun lepas di mana hasil jualan permulaan berjaya mencapai RM2 ribu.

“Bagi menyelami masalah yang beliau hadapi saya mengambil kesempatan meninjau ke tempat perusahaan cendawannya di Kampung Tualang Tinggi di mana dalam pertemuan itu beliau mengadu tiada alat penggaul untuk menghasilkan habuk kayu.

“Ini kerana habuk kayu diperlukan sebagai tempat untuk membiakkan benih cendawan bagi menghasilkan cendawan yang berkualiti.

“Insya-Allah saya akan cuba berusaha bagi mengatasi masalah yang beliau alami itu,” katanya ketika melawat ke lokasi perusahaan cendawan Che Shukri 16 Mac lalu.

Tags: , , , ,

DALAM usaha memperkasakan sekolah menengah ugama (SMU) bantuan kerajaan negeri, Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat telah mengambil inisiatif melawat sambil berbincang dengan pihak pentadbiran sekolah untuk mendengar sendiri permasalahan yang mereka alami.

Di samping itu, beliau juga mengambil kesempatan pada lawatan berkenaan untuk berinteraksi secara langsung dengan para pelajar bagi menyemarakkan semangat mereka meneruskan pendidikan di sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Pada 8 Mac lepas, Adun Limbongan telah meluangkan masa melawat salah sebuah sekolah ugama YIK yang terletak dalam kawasan DUN Limbongan iaitu SMU (A) Nahdatul Islamiah di Jelor.

“Semasa lawatan ini, saya telah berbincang dengan mudir sekolah dan antara aduan yang saya terima ialah keperluan komputer dan keadaan garaj tempat meletak kenderaan yang amat uzur.

“Bagi masalah komputer, alhamdulillah satu set komputer telah pun diluluskan dan akan disampaikan kepada mudir sekolah, Ustaz Mohd Saupi Abd Latif sempena dengan Program Pemimpin Bersama Rakyat pada 11 Mac,” kata Adun Limbongan selepas lawatan ke sekolah berkenaan, 8 Mac lepas.

Di atas keprihatinan pembangunan sekolah yang amat memerlukan sokongan semua pihak, maka pihak sekolah amat mengharapkan bantuan daripada orang ramai terutamanya bantuan berbentuk kewangan yang boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam (BIMB) cawangan Pasir Puteh, nombor akaun: 03 0900 1001 9299 atas nama SMU (A) Nahdatul Islamiah Jelor.

Tags: , , ,

Melawat mangsa kebakaran bersama Tok Guru

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on March 8th, 2010 in DUN Limbongan, Makluman No Comments

Insya-Allah pada 9 Mac 2010 (esok, Selasa), Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat akan membuat lawatan ke DUN Limbongan susulan tragedi kebakaran pagi tadi di Kampung Wakaf Lanas.

Tok Guru dijangka akan bersarapan pagi di kediaman Adun Limbongan dan dijadualkan akan melancar Laman Web DUN Limbongan (www.limbongan.net) sebelum melawat lokasi tragedi kebakaran di Kampung Wakaf Lanas.

Tags: , , ,