Amalan Ziarah Jaminan Panjang Umur

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 26th, 2010 in DUN Limbongan, Lawatan No Comments

PASIR PUTEH, 26 Nov – Kunjungan ADUN Limbongan ke Hospital Tengku Anis di sini menziarahi rakan taulan dan rakyat yang terlantar kesakitan menguatkan lagi saranan beliau kepada semua orang  agar amalan seperti ini menjadi satu keutamaan.

Drs. Zainuddin dalam ziarah tidak rasmi di  HTA pagi ini selain menyatakan rasa syukur dengan tahap kesihatannya sekarang, mengingatkan orang ramai kepada sabda Rasulullah tentang tiga amalan yang boleh memberi jaminan doa orang-orang mukmin agar dipanjangkan umur oleh Allah SWT iaitu menziarah orang yang dalam kesusahan, mendoakan kesejahteraan dan bersedekah.

“Kita selalu berdoa untuk kesejahteraan yang diinginkan, tapi kadang-kadang kita tidak sedar kesejahteraan yang dipohon sudah dimakbulkan. Amalan ziarah seperti ini sudah tentu akan mengingatkan diri kita sendiri tentang lima perkara sebelum lima perkara” tambah beliau lagi.

Beliau bersama isteri juga baru balik dari menziarah Arwah Tok Chik Mat di Kg. Merkang yang meninggal kerana kemalangan jalanraya dan Arwah Akik di Wakaf Bunut yang kembali ke rahmatullah pagi ini kerana sakit tua. Al-Fatihah.

Tags: , , ,

ADUN Limbongan Pengsan di Masjid Majidiah

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 1st, 2010 in DUN Kelantan, DUN Limbongan, Lawatan, Pasir Puteh No Comments

WAKAF BERANGAN, 31 Mei – Program Jati Diri Ladang Rakyat petang ini di berakhir dengan suasana cemas apabila ADUN Limbongan jatuh pengsan semasa menanti peserta-peserta program berwudhu untuk mengadakan Solat Asar berjemaah.

Beliau kemudianya dikejarkan ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Rawatan awal di HTAPP merekodkan tekanan sistolik darah serendah 66 menyebabkan pengaliran oksigen dan nutrisi-nutrisi yang cukup pada organ-organ vital seperti otak, jantung, dan ginjal, organ-organ tidak berfungsi secara normal.

Beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada pukul 9.30 mlm sejurus selepas mendapat lawatan dari Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz.

Lawatan lanjutan masih dijalankan di HRPZ II dan ditempatkan di wad 10 selepas mendapat rawatan CCU di Wad Temenggong (HDW) yang menempatkan pesakit semi kritikal pagi ini.

Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , , , , , ,