Dialog Persiapan ke Putrajaya Sempena Ambang Ramadhan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on August 11th, 2010 in DUN Kelantan, Pakatan Rakyat, Pasir Puteh No Comments

PASIR PUTEH, 9 Ogos – Gerak kerja untuk menghadapi Pilihanraya Umum  ke-13 diteruskan lagi petang ini bertempat di Pejabat PAS Kawasan Pasir Puteh dengan mengadakan satu dialog kepimpinan yang dihadiri oleh  tetamu khas Prof. Madya Dr. Abu Hasan Abdullah yang tersohor sebagai Juara Debat Piala Perdana Menteri pada tahun 1984.

Hadir bersama dalam program ini ialah Yang Di Pertua PAS Kawasan Pasir Puteh, YB Dr. Nik Mazian, yang telah memberikan ucapan alu-aluan yang telah menyatakan rasa tidak puas hati beliau dengan prestasi jentera PAS Kawasan Pasir Puteh yang sehingga kini masih terdapat masalah dalaman yang boleh melemahkan perjuangan.

Beliau juga menyeru agar kepimpinan Parti PAS Kawasan Pasir Puteh khususnya dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan pada Ramadhan akan datang agar dapat mengabdikan diri kepada Allah SWT agar perjuangan PAS mudah-mudahan lebih dirahmati dan diberkati olehNya.

Sementara itu ADUN Limbongan sebagai pengerusi majlis mengulas bahawa program ini bertujuan untuk untuk melatih para pimpinan peringkat Kawasan agar dapat mendalami dengan lebih lagi tentang betapa pentingnya  pencarian, pengkajian dan penyebaran informasi yang sasarannya adalah untuk memperkemaskan lagi kedudukan sebagai pemerintah  di negeri ini dan seterusnya mempertingkatkan prestasi untuk merampas Putrajaya pada Pilihanraya Umum yang akan datang.

Tags: , , , , , ,

PASIR PUTEH, 28 Mac – Pasangan Abdullah Deraman yang menghidap penyakit jantung dan isterinya, Che Gayah Che Deraman mengalami masalah pendengaran hari ini menerima bantuan kewangan daripada ADUN Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat di rumah mereka di Belakang KADA, Kampung Padang Pak Amat.

Bantuan berkenaan amat diperlukan oleh pasangan berkenaan memandangkan beliau sudah tidak dapat bekerja dan hanya mengharapkan bantuan sara hidup daripada anak mereka.

Justeru mereka mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan wakil rakyat Limbongan atas bantuan yang disalurkan.

Sementara itu, Drs Zainuddin turut menyampaikan bantuan kepada seorang remaja yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan beliau tidak mampu bekerja dan termasuk dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

Tags: , ,

GONG SERAI, 19 Mac – Selepas banjir pada tahun lalu, hakisan sungai terjadi begitu cepat akibat daripada tindakan pihak JPS membersihkan kawasan sungai.

Kesan pembersihan ini, proses hakisan tebing telah mengakibatkan tanah runtuh. Begitu juga kepala jambatan ikut terjejas.

Bagi mengelakkan kejadian lebih buruk pihak penghulu mukim telah mengambil tindakan susulan dengan melaporkan masalah berkenaan kepada pihak JPS Jajahan Pasir Puteh.

“Alhamdulillah, tindakan cepat pihak JPS jajahan mengeluarkan tender bagi membaik pulih tebing telah mendapat maklum balas luar biasa daripada pihak kontraktor.

“Lebih 100 kontraktor telah melawat ke tempat tapak hakisan tebing tiga hari lepas yang. Keadaan ini telah menyebabkan laluan masuk ke Gong Serai menjadi jem dengan kehadiran kenderaan yang begitu banyak.

“Saya sendiri terpaksa jadi tukang parking kenderaan bagi mengelakkan keadaan laluan bertambah buruk.

“Pihak JPS akan melantik kontraktor berkelayakan untuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih tebing yang terhakis secepat mungkin,” katanya selepas lawatan ke tempat hakisan tebing sungai Gong Serai 16 Mac lalu.

Hadir sama meninjau tempat berkenaan ialah Jurutera Perunding JPS, En. Abdul Razak.

Tags: , ,

TUALANG TINGGI, 19 Mac – Penghulu Mukim Padang Pak Amat, Che Shukri Che Seman wajar menjadi contoh kepada anak mukimnya apabila beliau turut terlibat secara langsung menjadi petani dengan mengusaha padi seluas 20 ekar.

Pada masa sama, beliau mempunyai tiga rumah cendawan yang diusahakan sejak dua tahun lepas di mana hasil jualan permulaan berjaya mencapai RM2 ribu.

“Bagi menyelami masalah yang beliau hadapi saya mengambil kesempatan meninjau ke tempat perusahaan cendawannya di Kampung Tualang Tinggi di mana dalam pertemuan itu beliau mengadu tiada alat penggaul untuk menghasilkan habuk kayu.

“Ini kerana habuk kayu diperlukan sebagai tempat untuk membiakkan benih cendawan bagi menghasilkan cendawan yang berkualiti.

“Insya-Allah saya akan cuba berusaha bagi mengatasi masalah yang beliau alami itu,” katanya ketika melawat ke lokasi perusahaan cendawan Che Shukri 16 Mac lalu.

Tags: , , , ,

LIMBONGAN, 19 Mac – ADUN Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat mewakili Bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Kak Wan Che Esah telah menyerahkan bantuan kewangan bagi membina Markaz Al-Aitam Kampung Wakaf kepada Pengerusi markaz, Tuan Guru Mohd Nordin (Ayah Mad), 16 Mac lalu.

“Kak Wan yang menghidap penyakit stroke namun masih mampu menggunakan lisan untuk menyata komitmen dalam perjuangan, maka beliau menghulurkan bantuan bagi membantu pembinaan bangunan Markaz Al-Aitam.

“Bagi pihak MTD Limbongan saya mengucapkan terima kasih dan berharap beliau bersabar menghadapi ujian Allah,” kata Adun Limbongan.

Tags: , , ,

PASIR PUTEH, 16 Mac – Ibu bapa diminta sentiasa memantau perkembangan pendidikan anak masing-masing dan tidak melepaskan tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah semata-mata.

Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, proses pendidikan tidak akan lengkap jika ibu bapa tidak turut memain peranan ketika anak-anak mereka berada di rumah selepas selesai waktu persekolahan.

Mengambil contoh pelajar terbaik SPM 2008, Nik Nur Madiha, Nik Amar berkata, pelajar berkenaan mencapai kecemerlangan dalam setiap peperiksaan kerana ketika di rumah ibu dan bapanya sentiasa bertanya khabar dan mengambil ‘cakno’ terhadap beliau.

“Tiga komponen perlu seiring jika kita inginkan anak-anak kita berjaya dengan cemerlang iaitu sekolah, guru dan ibu bapa. Jika salah satu daripada tiga komponen ini tidak cukup, bukan bermakna pelajar itu tidak berjaya tetapi agak susah untuk mencapai kecemerlangan,” katanya.

Nik Amar berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Jawatankuasa Pengelola Kemajuan Sekolah (JPKS) Sekolah Menengan Ugama (Arab) Khairiah, Padang Pak Amat, Sabtu lepas.

Hadir sama Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat, Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (HEM), Ustaz Muslim, Pengetua SMU (A) Khairiah, Ustaz Ahmad Zaki Mat Nor dan Pengerusi JPKS SMU (A) Khairiah.

Pada majlis berkenaan, Nik Amar turut menyampaikan sumbangan set komputer kepada Pengetua SMU (A) Khairiah dan Pengetua SMU (A) Nahdatul Islamiah Jelor.

Tags: , , , , ,