Pendekatan Sosial-Ummah Mampu Menjana Ukhwah

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on December 11th, 2011 in Umum No Comments

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Rombongan PAS Negeri Kelantan yang diketuai oleh Setiausaha Perhubungan YB. Zulkifli Mohamad diiringi oleh Timb. Presiden BBC YB Drs. Zainuddin Awg. Hamat dan Penolong Setiausaha BBC YB. Wan Hassan Wan Ibrahim menghadiri majlis sambut menantu di rumah mantan Ketua Bahagian Pasir Puteh Datuk Hj. Kamaruddin Mohd Nor yang juga merupakan mantan ADUN Semerak.

Dalam kesempatan ini, pihak pelawat mengucapkan tahniah kepada YBhg. Datuk KMN. Semoga majlis kesyukuran ini mendapat rahmat dari Allah SWT.

ADUN Limbongan menyatakan adat dan syariat yang beriringan seperti majlis kesyukuran seumpama ini mampu menghidupkan silaturrahim di kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama atuapun ideologi politik.

Tags: ,