Sepetang Bersama Rakyat

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 6th, 2010 in DUN Limbongan, Lawatan, Umum No Comments

LIMBONGAN, PASIR PUTEH, 6 Mei 2010 – Sempena dengan moto Cakna Rakyat yang terus menjadi satu aktiviti seluruh kepimpinan sebagai menunaikan tanggungjawab maka ADUN Limbongan mengambil kesempatan mengadakan lawatan ke 2 mukim iaitu Mukim Tok Adam bersama Penghulu Hj. Hassan dan Mukim Pengkalan bersama Penghulu Zul Apong.

Foto by wanribu

Tags: , , ,

ADUN Limbongan Tutup Tirai Cakno Rakyat

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 6th, 2010 in DUN Kelantan, Isu Semasa, Umum No Comments

GUAL IPOH, 1 Mei 2010 - ADUN Limbongan yang juga selaku Timbalan Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan (BBC) telah menyempurkana acara penutup Cakna Rakyat DUN Gual Ipoh yang telah berlangsung di PUTIT Gual Ipoh anjuran Urusetia Belia Pembangunan Insan, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.

“Islam telah meneraju perubahan menjadi ikon kepada semua sistem pentadbiran sehingga banyak telah di laksanakan oleh pihak persekutuan. Sebagai contoh, coach keretapi sudah diasingkan antara coach lelaki dan wanita. Tahniah kepada KTMB” ulasan beliau sebagai pengakhir upacara tersebut.

Tulang belakang program ini, YB Hj. Wan Yusof B Wan Mustafa selaku ADUN Gual Ipoh mengucapkan tahniah atas penglibatan semua rakyat tanpa mengira Parti, Agama dan Kaum. Beliau juga turut memberi ucapan alu-aluan dalam majlis penutup itu. Sementara itu penceramah jemputan Ybrs Ustaz Nasir Mat Seh selaku Penolong Pengarah Urusan Belia Pembangunan Insan, Sukan dan NGO menyatakan tentang pentingnya setiap manusia tahu asal usul dan peranan semasa hidup adalah untuk mewujudkan jati diri mencari keredhaan Allah.

Antara acara yang berlansung sepanjang majlis penutup ini adalah ceramah isu penerangan, cabutan bertuah dan jualan produk IKS di boost yang disediakan. Majlis yang juga dirasmikan oleh YB Ab. Fattah B. Mahmud (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) adalah satu inisiatif oleh pimpinan kerajaan PAS Negeri Kelantan dalam usaha meneruskan kecemerlangan pemerintahan berkonsepkan Islam.

Galeri Foto oleh WanRibu:

Tags: , , ,

GONG SERAI, 19 Mac – Selepas banjir pada tahun lalu, hakisan sungai terjadi begitu cepat akibat daripada tindakan pihak JPS membersihkan kawasan sungai.

Kesan pembersihan ini, proses hakisan tebing telah mengakibatkan tanah runtuh. Begitu juga kepala jambatan ikut terjejas.

Bagi mengelakkan kejadian lebih buruk pihak penghulu mukim telah mengambil tindakan susulan dengan melaporkan masalah berkenaan kepada pihak JPS Jajahan Pasir Puteh.

“Alhamdulillah, tindakan cepat pihak JPS jajahan mengeluarkan tender bagi membaik pulih tebing telah mendapat maklum balas luar biasa daripada pihak kontraktor.

“Lebih 100 kontraktor telah melawat ke tempat tapak hakisan tebing tiga hari lepas yang. Keadaan ini telah menyebabkan laluan masuk ke Gong Serai menjadi jem dengan kehadiran kenderaan yang begitu banyak.

“Saya sendiri terpaksa jadi tukang parking kenderaan bagi mengelakkan keadaan laluan bertambah buruk.

“Pihak JPS akan melantik kontraktor berkelayakan untuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih tebing yang terhakis secepat mungkin,” katanya selepas lawatan ke tempat hakisan tebing sungai Gong Serai 16 Mac lalu.

Hadir sama meninjau tempat berkenaan ialah Jurutera Perunding JPS, En. Abdul Razak.

Tags: , ,

TUALANG TINGGI, 19 Mac – Penghulu Mukim Padang Pak Amat, Che Shukri Che Seman wajar menjadi contoh kepada anak mukimnya apabila beliau turut terlibat secara langsung menjadi petani dengan mengusaha padi seluas 20 ekar.

Pada masa sama, beliau mempunyai tiga rumah cendawan yang diusahakan sejak dua tahun lepas di mana hasil jualan permulaan berjaya mencapai RM2 ribu.

“Bagi menyelami masalah yang beliau hadapi saya mengambil kesempatan meninjau ke tempat perusahaan cendawannya di Kampung Tualang Tinggi di mana dalam pertemuan itu beliau mengadu tiada alat penggaul untuk menghasilkan habuk kayu.

“Ini kerana habuk kayu diperlukan sebagai tempat untuk membiakkan benih cendawan bagi menghasilkan cendawan yang berkualiti.

“Insya-Allah saya akan cuba berusaha bagi mengatasi masalah yang beliau alami itu,” katanya ketika melawat ke lokasi perusahaan cendawan Che Shukri 16 Mac lalu.

Tags: , , , ,