Sukaneka di Cakna Rakyat DUN Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 30th, 2010 in DUN Limbongan No Comments

PASIR PUTEH, 28 Jun – Mesyuarat MTD Limbongan dan AJK Cakna Rakyat DUN Limbongan hari ini telah memutuskan beberapa acara sukaneka yang akan di pertandingkan dalam program Cakna Rakyat bulan Julai ini.

Timbalan Pengarah Cakna Sukaneka, Ustaz Rahmat bin Ibrahim bersama dengan 9 Ketua Unit hadir membentangkan kertas kerja yang membahagikan  acara kepada beberapa kategori iaitu Dewasa Lelaki dan Perempuan, Remaja Lelaki dan Perempuan, Vateran dan Kanak-kanak PASTI.

Lokasi sukaneka yang telah ditetapkan di Dewan MDPP dan Padang MDPP menyenaraikan 22 acara yang akan bermula sejurus selepas upacara perasmian Cakna Rakyat yang akan dilancarkan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan lebih kurang jam 9.30 pagi.

Antara Sukaneka yang menarik adalah seperti pertandingan kukur kelapa, tunggang basikal lambat, memasak kuih tradisional berasaskan ubi kayu, bolasepak berkaki ayam, suami make-up isteri, smart serban dan lain-lain lagi.

Sementara itu ADUN Limbongan menyatakan rasa bangga dengan persiapan dari seluruh UPU yang sedang giat mengadakan taklimat kepada peserta sukaneka yang mewakili UPU masing-masing.

Tags: , , ,

Cikgu Din Jemput Pengantin Baru ke Cakna Rakyat

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 11th, 2010 in DUN Limbongan No Comments

PASIR PUTEH, 10 Jun- Musim cuti sekolah ini banyak jemputan Majlis Perkahwinan meraikan pengantin-pengantin baru. ADUN Limbongan yang masih dalam keadaan kurang sihat sempat menghadiri beberapa undangan sambil mempromosikan Program Cakna Rakyat DUN Limbongan yang bakal diadakan Julai ini.

Menarik dalam beberapa lawatan beliau adalah upacara akad nikah yang dilangsungkan di Masjid Mukim Padang Pak Amat hari ini dengan kehadiran ahli keluarga yang sangat besar meraikan pengantin baru. 19 adik beradik kesemuanya hadir dalam upacara tersebut di mana YB Drs. Zainuddin sempat merakamkan tahniah dan rasa bangga dengan ikatan kekeluargaan yang sangat teguh ini.

Sehubungan dengan promosi Cakna Rakyat DUN Limbongan, Drs. Zainuddin menjemput semua pengantin baru untuk hadir dalam program tersebut Julai ini bagi memeriahkan acara meraikan pengantin baru yang akan menerima cenderahati dari urusetia program itu yang bertemakan Kecaknaan Membawa Rahmat Kepada Semua.

Dalam masa yang sama ADUN Limbongan memohon kemaafan atas undangan yang beliau tidak sempat untuk menghadirkan diri kerana keadaan kesihatan yang masih belum stabil dan menghadiri Muktamar PAS ke 56 di PUTIK Pengkalan Chepa selama 3 hari bermula dari 11 Jun sehingga 13 Jun 2010.

Selamat Pengantin Baru dari warga limbongan.net.


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , ,

Cakna Rakyat DUN Limbongan Janjikan Kelainan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 7th, 2010 in DUN Limbongan No Comments

BUKIT GEDOMBAK, 6 Jun – Mesyuarat AJK Program Cakna Rakyat DUN Limbongan yang dipengerusikan oleh ADUN Limbongan, YB Drs. Zainuddin Awang Hamat mendapat kata putus untuk mengadakan sedikit perubahan dalam program yang akan diadakan  di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh pada 17 Julai 2010 ini. Mesyuarat yang diadakan di Markas PAS Bukti Gedombak ini dihadiri oleh seluruh MTD Limbongan dan AJK lantikan khusus program Cakna Rakyat.

Falsafah program iaitu “Kecaknaan Membawa Rahmat Untuk Semua” bermatlamat untuk memantapkan hubungan dua hala antara pemimpin dan rakyat. Selain memperkasakan sistem demokrasi ke arah kesedaran hak warganegara, program ini juga bakal merungkai zon yang tidak selesa dengan pelbagai maklumat.

Antara acara rasmi yang bakal diadakan adalah perarakan berkuda yang akan menyambut ketibaan Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Pemeriksaan Perbarisan Rakyat, Sukaneka Rakyat, Pertandingan dan Persembahan Anjuran Halaqat, Forum Islam serta Cabutan Bertuah untuk peserta-peserta yang melibatkan diri dalam program ini.

Antara program pertandingan berbentuk hiburan yang bakal menjanjikan kelainan adalah seperti pidato dan bacaan sajak mengenai Yahudi perosak dunia dan  Judi Musuh Ummah, seni mempertahankan diri, sukan berkuda dan yang paling menarik adalah persandingan pengantin baru 2010  beramai-ramai bertemakan Bahagia BersamaMu.

Selain itu acara seperti tayangan video kesedaran ke Akhirat, tayangan filem Omar Turki, pameran foto-foto oleh AADK, JPAM, PDRM, JPJ, AKSB, Pejabat Pertanian, JPS, Pejabat Haiwan, PTJPP, MDPP, Pejabat Agama dan Urusetia Penerangan akan memeriahkan lagi program ini.

ADUN Limbongan berharap program ini dapat mempereratkan lagi hubungan antara masyarakat dalam konteks tanggungjawab ukhrawi & sosial. Selain itu ianya akan dapat mewujudkan ruang komunikasi yang telus ke arah masyarakat berkebajikkan.

Sebarang cadangan dalam usaha untuk memantapkan lagi program ini bolehlah di suarakan di www.limbongan.net atau hubungi Pengarah Program Tuan Haji Mohd Judin (019-9133272) atau Setiausaha Mohd Ruslan Muda (019-9128472).


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , ,

Cikgu Din Jumpa Sahabat di Kg. Surau

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 12th, 2010 in DUN Limbongan, Lawatan No Comments

KG. SURAU, 12 Mei 2010 – Turun kepadang mendengar sendiri masalah rakyat, itulah yang menjadi petua dan amalan ADUN Limbongan, YB Drs. Zainuddin dalam menangani isu serta masalah kemiskinan rakyat di kawasan beliau.

Menurut beliau, Pejabat Wakil Rakyat secara tidak formal adalah dimana-mana sahaja seperti di kedai kopi sambil berbincang dan menghirup kopi bersama makan roti canai.

"Wakil rakyat kampong macam ni lah, tak segan apabila rakyat mempelawa keliling kampong dengan motoskal" - Hj. Suffian

Dalam lawatan ini ADUN Limbongan sempat ziarah veteran PAS yang uzur (Ismal Saat), walaupun penglihatannya agak kabur tetapi beliau  mudah cam dengan suara wakil rakyat melalui deria telinganya. Beliau telah diberikan sara hidup bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Disamping itu YB Drs. Zainuddin turut beramah mesra dengan seorang Afendi (OKU) yang mengusahakan obat-obat tradisional dan urutan.


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , ,