Misi Lajnah Kebajikan PAS Pasir Puteh tangani mangsa banjir

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 25th, 2011 in DUN Limbongan, Lawatan No Comments

BUKIT GEDOMBAK, 24 Nov – Prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir di kawasan ini, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Pasir Puteh telah membuat rondaan dan lawatan rumah ke rumah petang ini.

ADUN Limbongan dan Timb. YDP PAS Kawasan Pasir Puteh guna sampan untuk mengagihkan bantuan makanan

Sepuluh buah rumah yang mengharungi masalah banjir di sini mendapat bantuan makanan yang disampaikan oleh ADUN Limbongan yang juga merupakan Setiusaha PAS Kawasan Pasir Puteh. Turut sama dalam lawatan ini adalah Timb. YDP En. Yuganu Yunus, Pen Setiausaha dan Penghulu Mukim Pengkalan. Menurut kata Penghulu Zulkifli Idris, semua mangsa di kawasan tersebut sedang berada dalam keadaan berjaga-jaga bimbang kerana besar kemungkinan air naik ke paras lebih tinggi.

Drs. Zainuddin Awg Hamat ketika ditemubual mengenai isu air yang tidak lenyap sepanjang tahun ini menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah melakukan yang terbaik bagi menanganinya. Beliau juga berharap AKSB akan menjalankan penambahbaikkan secara berterusan demi menjaga kualiti hidup rakyat.

Rumah Awang ranap dibahagian belakang

Beliau juga sempat merakamkan rasa simpati dengn nasib yang menimpa Awang Bin Mat Husin kerana rumahnya di Kg. Jelor Kecil ditimpa sebatang pokok besar akibat dari kejadian ribut malam 23 Nov lalu. Bantuan segera membaiki rumah beliau melalui Bantuan Tabung Serambi Mekah dihulur bagi mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung.

“Saya berharap semoga seluruh warga Pasir Puteh sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam hidup dan mohon keberkatan dari Allah SWT dalam apa jua masalah yang dihadapi sama ada berjaya ditangani atau sebaliknya. Presiden Thailand, Yingluck juga mengaku kalah dan hanya berserah kepada tuhan apabila Kota Bangkok ditenggelami air , inikan pula kita sebagai mukmin seharusnya lebih dari itu” kata Drs. Zainuddin.

Tags: , ,

Zon Pelupusan Sampah Jadi Lubuk Pendapatan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 4th, 2011 in DUN Kelantan, Lawatan No Comments

BUKIT GEDOMBAK, 4 Nov - ADUN Limbongan yang turut serta dalam kerja gotong royong membuat persiapan untuk Majlis Perasmian Kolam Ikan Air Tawar, Penyampaian Bantuan Input Pertanian & Korban Aidiladha 2011 pagi ini menyatakan hasrat beliau untuk menjadikan kawasan zon pelupusan sampah dikawasan ini sebagai Pusat Ekotourism Akuakultur pertama di negeri ini.

ADUN Limbongan bersama Persatuan Penternak Ikan Air Tawar Bukit Gedombak

Sehingga kini sudah lebih 100 unit kolam ikan di keluasan tanah 16 ekar yang diusahakan oleh 8 orang penternak telah mendapat pasaran. Melalui pembentukan Persatuan Penternak Ikan Air Tawar, beliau berharap kerjasama dari semua pihak agar dapat membangunkan kawasan yang selama ini hanya dikenali sebagai zon pelupusan sampah.

Perbincangan dan pencambahan idea bersama penternak dan pengusaha

Pembangunan yang telah dirancang termasuklah menjadikan kawasan kolam ini sebagai pusat ilmu penternakan ikan, pembangunan industri desa seperti keropok, pembentukan koperasi pertanian dan badan kebajikan.

Kolam pembiakan dan penetasan

Kolam dan persatuan ini akan dirasmikan oleh YB Exco Pertanian Kerajaan Negeri Kelantan YB Che Abdullah Mat Nawi pada 8 November ini di sini bersama program Korban Aidiladha dan Pembahagian Daging Korban kepada seramai 200 orang fakir miskin. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara pada hari tersebut. Makan tengahari disediakan.

Tags: , ,