Sumbangan untuk OKU sebatang kara

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on February 25th, 2011 in DUN Limbongan, Lawatan No Comments

KG. MERKANG, 22 Feb – Penderitaan seorang wanita OKU yang hidup sebatang kara tanpa suami dan anak-anak di sini, mendapat perhatian ADUN Limbongan yang berkunjung menyampaikan bantuan.

Mek Som Manaf, 54 yang tinggal sendirian sekian lama selepas terpisah dari keluarga hanya mengharapkan pertolongan daripada jiran tetangga yang datang membantu menguruskan dirinya setiap hari. Mujurlah ada insan yang masih sudi untuk menjaga beliau yang kini dalam keadaan lumpuh separuh badan.

Keluarga Zubaidah Yusuf, 35 yang menceritakan tentang kepayahan hidup Mek Som nama panggilanya Mak Wa semasa lawatan ini membuatkan kami berasa sangat terharu. Ahli keluarga asal Mak Wa yang masih ada kian sukar untuk dihubungi. Ada yang sudah berpindah tempat tinggal atau nombor telefon menyebabkan sukar untuk Zubaidah memaklum kepada mereka sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini lebih-lebih lagi keadaan kesihatan Mak Wa seringkali tidak menentu.

Drs. Hj. Zainuddin yang hadir bersama Penghulu Mukim Merkang dan beberapa orang dari MTD Limbongan menyerahkan sebuah kerusi roda dengan hasrat dapat membantu meringakan beban yang dipikul oleh Mek Som dan keluarga Zubaidah.

“Saya memohon agar sekiranya ada pihak-pihak yang sudi untuk memberi bantuan apa sekalipun kepada Mek Som memandangkan keadaan beliau yang daif dari segi mental dan juga fizikal” ujar Zainuddin lagi.

Tags: , , , , ,

WAKAF  BERANGAN, 12 Febuari – Majlis Penyampaian Bantuan Skim Al-It’am untuk pusingan pertama kepada 100 orang rakyat miskin tegar di sekitar DUN Limbongan hari ini dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh YB Drs. Hj. Zainuddin Awg. Hamat.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, tazkirah disusuli dengan bacaan Surah Al-Maun yang menjelaskan tentang kecelakaan bagi orang-orang yang lalai dalam solat kerana mengherdik anak-anak yatim dan tidak memperdulikan kepayahan orang-orang miskin. Kelalaian dalam ibadah inilah yang menjadikan umat itu pendusta agama Allah serta takbur akan nikmat dan sumber yang berguna ciptaan dari Maha Esa.

Sedangkan manusia dicipta sebaik-baik kejadian, mengapa mesti ada bandingan? Miskin, kaya, hina atau sering dipuja semua nya ke satu destinasi akhir yang sama(akhirat). Drs. Zainuddin juga menerangkan betapa kejinya hamba Allah yang menggunakan anak-anak yatim dan orang-orang miskin ini untuk kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu. Sekiranya ada kemewahan dari segi harta dan kekayaan dunia, adalah wajib untuk kita berkongsi nikmat yang dikurniakan Allah.

Semua makhluk Allah yang masih menghela nafasnya dunia ini perlukan kebahagaian dalam meneruskan pencarian hidup sehari-hari. Kebahagaiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan ditagih dari sesiapa tetapi ianya datang dari hati individu itu sendiri. Tidak semua yang berharta itu bahagia sama seperti mempunyai keluarga yang besar di mana kebahagiaan tidak mudah dikecapi tanpa hidayah dari Allah.

Drs. Zainuddin juga dalam tazkirah hampir 1 jam ini berkongsi pengalaman beliau bersama para hadirin tentang penat lelah pentadbiran bersama Kerajaan Negeri Kelantan selama lebih dari 15 tahun pembabitan beliau. “Syukur, ujian Allah kepada pemimpin-pemimpin Kerajaan Membangun Bersama Islam ini menambahkan lagi keimanan dan meningkatkan prestasi kerja. Allah gerakkan hati-hati pemimpin negeri ini untuk terus menziarahi rakyat yang dalam kesusahan walaupun hadir dengan senyuman sahaja” ujar beliau lagi.

Dengan keberkatan dan kerahmatan Allah, Kerajaan Negeri Kelantan sehingga hari ini telah banyak menerajui perubahan dalam sistem pentadbiran meskipun Hukum Hudud Allah masih tidak dapat dijalankan dengan rasminya di negara ini  kerana ada pihak yang beranggapan hukum ini zalim dan tidak praktikal sedangkan mereka sedar perkataan Hudud ini disebut sebanyak 14 kali dalam 9 ayat-ayat suci Al-Quran.

Kerajaan yang perihatin terhadap rakyat mereka seharusnya memperluaskan skim ini ke setiap DUN dan di negara maju seperti Amerika Syarikat, mereka sering mengadakan bantuan tertentu kepada rakyat. Kelantan hanya sebuah negeri kecil juga begitu cakna dalam aspek tersebut biarpun tuntutan royalti minyak hanya menjadi tajuk-tajuk hangat media dan peluang untuk pihak yang berkaitan dengan penyelewengan ini terus menjadi hamba-hamba munafik. Sejumlah RM1.5 juta peruntukkan bagi Skim Al-It’am ini untuk seramai 100 keluarga dari setiap DUN akan menerima sumbangan beras 10 kilogram setiap bulan. InsyaAllah.

Skim Al-It’am, Takaful Kifaalah, Takaful Armalah dan banyak lagi program penjanaan ekonomi berteraskan halalan-toyyiban bukan lagi manifesto Kerajaan ini malah ianya telah membuktikan kepada seluruh rakyat dinegara ini betapa Sistem Pemerintahan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah adalah adil untuk semua.

Tags: , , ,

Bantuan Beg Sekolah Kepada Anak-anak Armalah

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on December 27th, 2010 in DUN Limbongan No Comments

KG. KAMIL, 19 Disember – Perihatin kepada masalah yang terpaksa ditanggung oleh seorang armalah yang telah kematian suami baru-baru ini, bantuan beg sekolah telah disumbangkan oleh Majlis Tindakan DUN Limbongan kepada anak-anak yang bakal kembali ke sekolah apabila cuti akhir tahun sudah hampir tamat.

Sumbangan yang telah disampaikan melalui Pegawai Armalah DUN Limbongan, Puan Faridah boleh meringankan beban yang dipikul oleh Ashikin yang menanggung 6 orang anak yang masih dibangku sekolah. Pendapatan keluarganya setelah kematian suami akibat sakit kronik bergantung sepenuhnya kepada perniagaan kecil-kecil iaitu menjual keropok dan air minuman kepada pelajar-pelajar sekolah.

Kunjungan limbongan.net bersama Faridah kerumah Ashikin mendapati beliau dan anak sulungnya tidak ada di rumah pada masa itu kerana terpaksa berkerja sambilan di salah sebuah restoran yang berdekatan dalam usaha mencari wang untuk membiayai perbelanjaan anak-anak yang lain. Menurut anak-anak yang ada pada masa itu, mereka sudah hampir sebulan tidak berniaga seperti biasa kerana cuti sekolah.

ADUN Limbongan yang sebelum ini sudah beberapa kali melawat keluarga Ashikin sebelum ini menyatakan amalan sedekah seperti ini kepada penerima yang amat memerlukan bantuan adalah sewajarnya dipertingkatkan dari masa ke semasa tanpa mengira status dan kepentingan. “Memberi kebahagiaan kepada orang lain adalah satu amalan yang besar pahalanya dan mudah-mudahan kebahagian hidup yang dikecapi dapat dikongsikan bersama untuk hidup dalam susasana yang lebih harmoni” kata Drs. Hj. Zainuddin lagi.

Tags: , , ,

ADUN Limbongan sampaikan Bantuan Pesakit Kronik

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 31st, 2010 in DUN Limbongan No Comments

WAKAF BERANGAN, 31 Mei – Sumbangan berupa wang tunai sejumlah RM1900.00 telah disampaikan oleh YB Drs. Hj. Zainuddin Awang Hamat di Pejabat DUN Limbongan kepada 5 orang penerima Bantuan Penyakit Kronik.

Sumbangan dari Kerajaan Negeri Kelantan itu disampaikan untuk membiayai kos kewangan bagi mereka yang menderita penyakit yang serius termasuk menampung kos pembedahan dan ubatan.

Isteri Adenan wakil penerima

Salah seorang penerima, Mohd Adenan Sidek  bekerja di Johor Bharu terpaksa pulang ke kampung kerana menderita sakit tulang belakang. Penderitaan terpaksa ditanggung oleh seluruh ahli keluarga terutama isteri beliau setelah Adenan tidak mampu berkerja lagi. ADUN Limbongan menyatakan rasa  sayu dengan  kepayahan keluarga ini dalam menyara perbelanjaan anak-anak dan bayaran perubatan.

Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , , ,

PASIR PUTEH, 28 Mac – Pasangan Abdullah Deraman yang menghidap penyakit jantung dan isterinya, Che Gayah Che Deraman mengalami masalah pendengaran hari ini menerima bantuan kewangan daripada ADUN Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat di rumah mereka di Belakang KADA, Kampung Padang Pak Amat.

Bantuan berkenaan amat diperlukan oleh pasangan berkenaan memandangkan beliau sudah tidak dapat bekerja dan hanya mengharapkan bantuan sara hidup daripada anak mereka.

Justeru mereka mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan wakil rakyat Limbongan atas bantuan yang disalurkan.

Sementara itu, Drs Zainuddin turut menyampaikan bantuan kepada seorang remaja yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan beliau tidak mampu bekerja dan termasuk dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

Tags: , ,