Gotong-royong pasang pembetung

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on December 9th, 2011 in Umum No Comments

KG. SURAU, 9 Dis – Gotong royong penduduk di Kg. Surau pagi ini memasang 2 unit pembetung (culvert) bagi membantu menyelesaikan masalah banjir dan pengaliran air untuk tujuan pertanian di kawasan ini.

Penduduk dan petani sedang bekerjasama memasang pembetung di Kg. Surau

Hadir bersama dalam gotong-royong yang bermula pada jam 9.00 pagi ini Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh Hj. Mohd Judin dan Halim Mohamed serta beberapa orang wakil AJK PAS Kawasan Pasir Puteh termasuk Timbalan YDP En. Yuganu Yunus.

Sementara itu ADUN Limbongan yang tidak dapat mengahdirkan diri dalam gotong-royong ini kerja urusan kerja di Kuala Lumpur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu menyelesaikan masalah penduduk di Kg. Surau ini. “Semangat beginilah yang boleh mengukuhkan lagi ukhwah sesama penduduk dan juga hubungan antara pemimpin dan rakyat” tambah beliau lagi.

Tags: , , ,

Watikah Perlantikan Ahli PBT Jajahan Pasir Puteh 2011

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on March 2nd, 2011 in Makluman, Pasir Puteh No Comments

PASIR PUTEH – Seramai 19 pemimpin masyarakat dari empat DUN dan satu Parlimen di sini telah mengangkat sumpah dan menerima watikah perlantikan sebagai Ahli Pihak Berkuasa Tempatan Jajahan Pasir Puteh bagi sesi 2011.

Ahli Pihak Berkuasa Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2011

Majlis ini turut di hadiri oleh ADUN Limbongan yang juga merupakan Timbalan Penegerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Setiausaha MDPP, En. Mohd Shamsul Baharin Isa dan semua ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri serta pegawai MDPP.

Majlis Penerimaan Watikah Perlantikan Dan Seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan telah diadakan pada 24 Januari 2011 bersamaan 19 Safar 1432 H bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC). Watikah ini telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob.

Bagi tahun ini tiga perlantikan baru iaitu YBhg. Dato’ Hj. Wan Fauzi Wan Husian, YBrs. Mej (B) Mat Udin Daud dan YBrs. En. Zulkiflee Mohamed diharap dapat memainkan peranan dan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan menyerlahkan keupayaan MDPP sebagai sebuah PBT yang hebat.

Sebagai tugas utama menjadi mata dan telinga dalam kepimpinan dan pemerintahan Kerajaan Membangun Bersama Islam, setiap aduan masyarakat perlu dinilai terlebih dahulu dan diambil tindakan yang sewajarnya supaya dapat mencapai tahap kepuasan pelanggan yang tinggi serta hendaklah berdasarkan kepada peruntukan dan kehendak Kerajaan Negeri Kelantan.

Tags: , ,