Cakna Rakyat DUN Limbongan Janjikan Kelainan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 7th, 2010 in DUN Limbongan No Comments

BUKIT GEDOMBAK, 6 Jun – Mesyuarat AJK Program Cakna Rakyat DUN Limbongan yang dipengerusikan oleh ADUN Limbongan, YB Drs. Zainuddin Awang Hamat mendapat kata putus untuk mengadakan sedikit perubahan dalam program yang akan diadakan  di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh pada 17 Julai 2010 ini. Mesyuarat yang diadakan di Markas PAS Bukti Gedombak ini dihadiri oleh seluruh MTD Limbongan dan AJK lantikan khusus program Cakna Rakyat.

Falsafah program iaitu “Kecaknaan Membawa Rahmat Untuk Semua” bermatlamat untuk memantapkan hubungan dua hala antara pemimpin dan rakyat. Selain memperkasakan sistem demokrasi ke arah kesedaran hak warganegara, program ini juga bakal merungkai zon yang tidak selesa dengan pelbagai maklumat.

Antara acara rasmi yang bakal diadakan adalah perarakan berkuda yang akan menyambut ketibaan Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Pemeriksaan Perbarisan Rakyat, Sukaneka Rakyat, Pertandingan dan Persembahan Anjuran Halaqat, Forum Islam serta Cabutan Bertuah untuk peserta-peserta yang melibatkan diri dalam program ini.

Antara program pertandingan berbentuk hiburan yang bakal menjanjikan kelainan adalah seperti pidato dan bacaan sajak mengenai Yahudi perosak dunia dan  Judi Musuh Ummah, seni mempertahankan diri, sukan berkuda dan yang paling menarik adalah persandingan pengantin baru 2010  beramai-ramai bertemakan Bahagia BersamaMu.

Selain itu acara seperti tayangan video kesedaran ke Akhirat, tayangan filem Omar Turki, pameran foto-foto oleh AADK, JPAM, PDRM, JPJ, AKSB, Pejabat Pertanian, JPS, Pejabat Haiwan, PTJPP, MDPP, Pejabat Agama dan Urusetia Penerangan akan memeriahkan lagi program ini.

ADUN Limbongan berharap program ini dapat mempereratkan lagi hubungan antara masyarakat dalam konteks tanggungjawab ukhrawi & sosial. Selain itu ianya akan dapat mewujudkan ruang komunikasi yang telus ke arah masyarakat berkebajikkan.

Sebarang cadangan dalam usaha untuk memantapkan lagi program ini bolehlah di suarakan di www.limbongan.net atau hubungi Pengarah Program Tuan Haji Mohd Judin (019-9133272) atau Setiausaha Mohd Ruslan Muda (019-9128472).


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , ,

Tok Janggut Juara Piala YB Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 24th, 2010 in DUN Limbongan, MDPP, Pasir Puteh, Umum No Comments

Man Kusyen, Pengurus Pasukan Tok Janggut menerima piala yang disampaikan sendiri oleh ADUN Limbongan

LIMBONGAN, 22 Mei – Pasukan yang dibarisi ketuai oleh Affendi Jusoh menjadi juara untuk Piala YB Limbongan Kejohanan Bolasepak Tertutup Lapan Sebelah anjuran Dewan Pemuda PAS DUN Limbongan.

Sebanyak 14 pasukan mewakili mukim masing-masing telah mendaftarkan 10 orang pemain yang memulakan perlawanan pertama di padang A dan B Majlis Daerah Pasir Puteh seawal jam 9.00 pagi lagi.

ADUN Limbongan yang menunaikan janji kepada pemain dan peminat bolasepak di kawasan ini untuk mengadakan Piala YB Limbongan buat julung kalinya berasa amat puas hati dengan kualiti penganjuran dan persembahan kesukanan dari semua pasukan yang terlibat. Tidak kurang juga gelagat penonton yang tidak henti-henti memberi sokongan untuk pasukan masing-masing. Tambahan beliau lagi, insyaAllah Pasir Puteh akan mewujudkan satu badan dan akedemi bolasepak  khusus untuk memajukan lagi kegiatan seumpama ini.


Galeri foto oleh wanribu:



Tags: , , , , , , , ,

Sepetang Bersama Tok Guru Kesayangan Rakyat

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 22nd, 2010 in DUN Limbongan, Lawatan, Pasir Puteh, Umum No Comments

KG. NARA, 21 Mei – Ketibaan Menteri Besar Kelantan disambut mesra oleh penduduk tempatan sempena jemputan Majlis Kesyukuran dan Aqiqah bertempat di rumah Udin (Mertua Mat. Ali PMBK).

Selamat Datang Tok Guru

Rombongan ini juga disertai oleh ADUN Limbongan, YB Drs. Hj. Zainuddin bersama angkatan MTD Limbongan. Sedang elok Azan Asar selesai berkumandang, Tok Guru seperti kebiasaannya menjadi Imam untuk Solat Asar berjemaah di Surau Kg. Nara berdekatan dengan rumah pengaturcara majlis.

Jamuan makan diakhiri dengan Majlis Kesyukuran dan Aqiqah kelahiran anak Mat Ali dan cucu Cikgu Din. Tok Guru juga sempat membaca doa selamat untuk semua yang hadir sebagai tanda terima kasih dengan sambutan yang begitu mesra oleh penduduk setempat.


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , , , , , , ,

ADUN Limbongan Tutup Tirai Cakno Rakyat

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 6th, 2010 in DUN Kelantan, Isu Semasa, Umum No Comments

GUAL IPOH, 1 Mei 2010 - ADUN Limbongan yang juga selaku Timbalan Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan (BBC) telah menyempurkana acara penutup Cakna Rakyat DUN Gual Ipoh yang telah berlangsung di PUTIT Gual Ipoh anjuran Urusetia Belia Pembangunan Insan, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.

“Islam telah meneraju perubahan menjadi ikon kepada semua sistem pentadbiran sehingga banyak telah di laksanakan oleh pihak persekutuan. Sebagai contoh, coach keretapi sudah diasingkan antara coach lelaki dan wanita. Tahniah kepada KTMB” ulasan beliau sebagai pengakhir upacara tersebut.

Tulang belakang program ini, YB Hj. Wan Yusof B Wan Mustafa selaku ADUN Gual Ipoh mengucapkan tahniah atas penglibatan semua rakyat tanpa mengira Parti, Agama dan Kaum. Beliau juga turut memberi ucapan alu-aluan dalam majlis penutup itu. Sementara itu penceramah jemputan Ybrs Ustaz Nasir Mat Seh selaku Penolong Pengarah Urusan Belia Pembangunan Insan, Sukan dan NGO menyatakan tentang pentingnya setiap manusia tahu asal usul dan peranan semasa hidup adalah untuk mewujudkan jati diri mencari keredhaan Allah.

Antara acara yang berlansung sepanjang majlis penutup ini adalah ceramah isu penerangan, cabutan bertuah dan jualan produk IKS di boost yang disediakan. Majlis yang juga dirasmikan oleh YB Ab. Fattah B. Mahmud (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) adalah satu inisiatif oleh pimpinan kerajaan PAS Negeri Kelantan dalam usaha meneruskan kecemerlangan pemerintahan berkonsepkan Islam.

Galeri Foto oleh WanRibu:

Tags: , , ,