Penghulu Mukim Saluran Informasi Utama

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on December 31st, 2010 in DUN Kelantan, Makluman, Umum 2 Comments

WAKAF BERANGAN, 29 Disember – ADUN Limbongan melancarkan secara rasminya sepanduk ucapan tahun baru 2011/1432H yang akan dipamerkan di setiap laluan utama 16 mukim dalam DUN Limbongan.

Sepanduk Tahun Baru Mukim: 16 Mukim dengan sinaran matahari dibawah pentadbiran Kerajaan 20 Tahun Membangun Bersama Islam

Selain ucapan tahun baru dan selamat datang ke mukim, sepanduk tersebut mempamerkan slogan tahun baru DUN Limbongan iaitu Tarbiyyah, Kerjaya dan Kesejahteraan yang diperkenalkan oleh YB Drs. Hj. Zainuddin pada sambutan Awal Muharram 1432H baru-baru ini. Antara lain, peringatan kepada pemimpin dan juga rakyat sentiasa berkibar bersama sepanduk ini bagi memastikan matlamat dan pencapaian sentiasa dapat dinilai secara dalaman mahupun luaran.

"Satu tujuan yang positif sejajar dengan cadangan untuk mengeluarkan edisi pertama Infora Limbongan pada Januari ini, InsyaAllah"- wanribu.

Fokus juga kepada gambar penghulu mukim bersama nombor telefon bagi memudahkan anak mukim berhubung dengan penghulu sekirannya memerlukan khidmat untuk tujuan-tujuan tertentu. Selain itu, aduan rakyat tentang permasalahan di sekitar mukim juga amat dialu-alukan sama ada melalui panggilan ataupun SMS.

Limbongan Dot Net mengucapkan tahniah atas inisiatif MTD khasnya Unit IT DUN Limbongan yang telah mengorak langkah terus-menerus membuka lembaran informasi untuk tatapan dan kegunaan semua.

SELAMAT TAHUN BARU 2011/1432H DARI LIMBONGAN DOT NET


Tags: , , , ,