Temuramah YDP PIBG Maahad Saniah

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on August 6th, 2011 in DUN Limbongan, Pendidikan No Comments

Temuramah selepas Mesyuarat Agung kali ke 12 diadakan di Pejabat DUN Limbongan.

Soalan: Apakah misi dan visi selaku YDP yang dia amanahkan kali ke4 ini?

Jawapan: Konsep kerja pasti berasas kepada konsep Jama’ie di mana saya sebagai pengemudi dengan dibantu oleh seluruh jawatan kuasa wakil-wakil dari ibu bapa dan guru-guru, misi dan visi adalah seiring dengan pihak Kerajaan Negeri, Yayasan Islam Kelantan, sekolah itu sendiri yang saya rumuskan bahawa PIBG berperanan sebagai moderator agar sekoalah dapat melonjakkan kecemerlangan sahsiah serta akademik pelajar sebagai persiapan menjadi generasi yang dapat memberi sumbangan balik kepada masyarakat.

Soalan: Jelaskan beberapa konsep yang telah dikemukakan dalam Mesyuarat?

Jawapan:

1. PDOP ialan Pelan Dana Operasi Pendidikan Maahad Saniah yang mana pelan ini telahpun dilancarkan pada Ramadhan 1431 (tahun lepas) dengan nama dana pembangunan sekolah dan Alhamdulillah kita telah mampu mengutip dana ini hampir RM60 ribu dan bakinya sekarang adalah RM47 ribu di mana kutipan ini telah digunakan untuk keceriaan fizikal sekolah dan projek kecemerlangan peperiksaan. Dalam pelan ini juga dirangka bagaimana sumbangan-sumbangan yang boleh diperolehi dari bukan sahaja dari orang perseorangan tetapi melaui institusi-institusi tertentu. Bagi mencapai hasrat ini maka peranan alumni saniah merupakan teras kepada kejayaan pungutan dana. Oleh sebab itu pihak PIBG akan mengadakan hari terbuka pada 2 Syawal bertempat di Tapak Bazaar Ramadhan, Jalan Che Yem. Melalui meja PIBG Saniah ini kita mengharapkan wujudnya interaksi yang positif kearah tercapainya sebahagian dari PDOP. Alhamdulillah pagi ni sahaja kita telah dapat pungut dana operasi sekolah sebanyak RM3 ribu lebih.

2. SP ialah Saniah perihatin dia mana rentetan daripada program ziarah pihak sekolah ke rumah-rumah pelajar yang termasuk dalam kategori “MT” atau kelompok “mesti di tolong” maka SP ini akan membentuk Jawatankuasa Khas dikalangan ibu bapa dan guru untuk mengadakan lawatan berkala supaya wujud konsep kecaknaan terhadap paras ibu bapa dengan sewajarnya. Dalam ziarah terdahulu kita memberi sumbangan dalam bentuk hamper agar menampakkan peranan PIBG, pihak sekolah, wakil-wakil rakyat yang ambil cakna walaupun seketika agar kesempitan hidup para ibu bapa pelajar dapat dirasai bersama.

3. TKSA ialah Teras kecemerlangan Sahsiah dan Akademik juga menjadi perhatian utama oleh PIBG bagi membantu sekolah agar pelajar-pelajar disempurnakan proses tarbiyyah atau pendidikan aqidah, fiqh dan ilmu alam berasaskan pendidikan  wahyu. Teras utama proses ini ialah perlunya keceriaan persekitaran fizikal sekolah dan motivasi guru-guru sebagai tenaga murabbbi, tenaga pendidikan, tenaga komunikator, agar proses tidak terencat di pertengahan jalan. Oleh itu gabungan  keceriaan fizikal dan faktor kemanusiaan (para pendidik) merupakan satu jalinan yang berkait rapat. Maka PIBG sentisa mencari jalan agar hubungan ini terus seimbang melalui peruntukan yang munasabah sebagai sumbangan dari masa ke semasa.

Soalan: Apakah harapan YDP bersama AJK yang baru dialantik hari ini?

Jawapan:

1. Produk Saniah mesti seimbang dengan keperluan semasa iaitu hasil peperiksaaan setiap peringkat perlu kepada memenuhi ciri-ciri pendidikan alaf baru yang mampu bersaing dengan mana-mana produk institusi pendidikan.

2. Kerjasama yang baik antara ibu bapa dan guru selama in terus dipertingkatkan bagi membantu pihak sekolah selesa dalam mendidik pelajar.

3. Kecekapan mengatasi sebarang implikasi negatif akibat pengaruh-pengaruh luar terus dihayati.

4. Pelan perancangan sekolah 5 tahun akan di bantu oleh PIBG melalui hubungan dengan  pihak Jabatan seperti keperluan bangunan seklolah yang baru mengekalkan imej Maahad Saniah adanya Tahfiz Muslimah sehingga lahirnya Pusat Tahfiz di Pasir Puteh Cawangan Saniah.

5. Pihak PIBG akan merancang untuk guna tanah sekolah seluas 3 suku ekar untuk dibangunkan sebagai asrama dan gudang perniagaan.

Tags: ,

Leave a Reply