NR Hana Trd. Terajui Kejayaan Kaum Hawa Pasir Puteh

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 27th, 2010 in Pasir Puteh No Comments

PASIR PUTEH – Kejayaan bukan mudah untuk dicapai, pelbagai halangan perlu ditempuhi dan tidak kurang juga dengan pandangan masyarakat sekitar dalam kita mengendalikan satu perniagaan. Itulah kata-kata dari Pemilik NR Hana Trading yang mengusahakan perniagaan Roti dan Kek yang baru sahaja melebarkan sayap ke Daerah Jerteh dan Machang.

NR Hana Trading mula beroperasi secara kecil-kecilan di Jalan Kamil. Ruang niaga seluas 20 kaki persegi itu kini telah dijadikan sebagai inventori barang mentah seperti gandum, gula, marjerin dan lain-lain. Ilham memulakan perniagaan ini datang dari minat yang mendalam sehingga mendorong Rohana atau lebih mesra dengan panggilan Kak Na merealisasikan impian menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya.

Lokasi strategik di Ruang Niaga Bangunan MARA Pasir Puteh ini menjadi satu kelebihan dalam faktor pemasaran kerana struktur persekitaran mempunyai fasiliti seperti tempat letak kereta yang mencukupi, berhampiran stesen kereta sewa serta di persimpangan antara jalan utama di pusat bandar ini.

Sehingga kini NR Hana Trading mempunyai 38 pekerja di empat cawangan yang merupakan aset penting dalam perniagaan produksi barangan makanan ini. Dengan jumlah itu anggaran lebih kurang RM18,240 sebulan diperuntukkan untuk bayaran gaji pekerja.

Pelbagai produk roti dan kek terdapat di premis ini ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Hasil jualan akan meningkat di musim perayaan dan cuti sekolah. Tempahan yang tinggi dari pelanggan terutamanya untuk Majlis Perkahwinan menjadikan limpahan rezeki untuk semua yang terlibat dengan perniagaan di NR Hana Trading.   Tidak hairan lah Kak Na sentiasa sibuk menguruskan perniagaannya dan juga sentiasa mencari idea-idea dalam pembangunan produk dalam memenuhi kepuasan pelanggan.

Dalam temuramah bersama wartawan limbongan.net, NR Hana Trading menyatakan hasrat beliau untuk berkongsi kejayaan yang diperoleh ini dengan mana-mana pihak yang ingin menceburi diri dalam bidang perniagaan. Beliau juga tidak akan menolak jika ada pihak-pihak tertentu ingin menggunakan khidmat beliau dalam berhasrat untuk memajukan industri ini ke peringkat yang lebih tinggi melalui kursus atau lahitan kemahiran.


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply