19 angkat sumpah Ahli Majlis MDPP

Posted by admin on March 2nd, 2010 in MDPP, Pasir Puteh No Comments

PASIR PUTEH, 18 Jan – Seramai 19 pemimpin masyarakat dari empat DUN dan satu Parlimen di sini telah mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) bagi sesi 2010, daripada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Dato’ Takiyudin Hassan.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Mohamad Hussin, ADUN Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat, ADUN Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad, ADUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim dan Yang Dipertua MDPP, Hj Wan Abdul Aziz Wan Jaafar.

Dalam ucapan perasmiannya, Takiyudin menyatakan hasrat beliau supaya semua ahli majlis yang dilantik dapat memainkan peranan dan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan menyerlahkan keupayaan MDPP sebagai sebuah PBT yang hebat dan disegani di Kelantan.

Di samping itu juga, beliau menyatakan bahawa setiap aduan masyarakat perlu dinilai terlebih dahulu dan diambil tindakan yang sewajarnya supaya dapat mencapai tahap kepuasan pelanggan yang tinggi.

“Ahli majlis yang dilantik merupakan mata telinga malah menjadi cermin kepada corak kepimpinan dan pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan yang menggunakan moto ‘Membangun Bersama Islam’,” katanya.

Justeru itu tambahnya, setiap tindakan dan keputusan hendaklah didasarkan kepada peruntukan dan kehendak Kerajaan Negeri Membangun Bersama Islam.

Tags: , , , ,

Leave a Reply