Markaz Al-Aitam

  • Markaz Al-Aitam terletak di alamat Lot 390, Mukim Kampung Wakaf, Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan.
  • Markaz Al-Aitam terletak di tapak seluas 1 1/2 hektar dengan pembinaan bangunan setinggi 3 tingkat.
  • Tapak ini merangkumi pusat pengajian, penginapan, perpustakaan, pusat ICT dan dewan umum.
  • Tapak ini juga bakal dibangunkan sebuah masjid, pejabat urusan, rumah guru dan kakitangan, medan letak kereta serta taman rehat.
  • Ditubuhkan bertujuan untuk menjaga dan mendidik anak-anak yatim bermula dari usia 7 hingga 17 tahun dengan sasaran seramai 40 hingga 50 pelajar.
  • Semua pelajar yang dipilih tidak dikenakan sebarang bayaran dan dibiayai dengan dana khas yang telah ditubuhkan.
  • Majlis pelancaran dana Markaz Al-Aitam telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 6 Rabiulawal 1431H bersamaan 20 Februari 2010.
  • Sumbangan derma boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam Cawangan Pasir Puteh bernombor: 03090010042421 atas nama Markaz Al-Aitam atau menghubungi Pejabat Khidmat DUN Limbongan di sini.