YB Dato’ Abdul Halim tidak KEDEKUT…

Posted by admin on March 23rd, 2010 in Isu Semasa, Lawatan 1 Comment

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman meluangkan masa selama sejam sebelum memasuki persidangan parlimen pagi ini untuk menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan oleh Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat bagi tujuan berkongsi pengalaman beliau selama terlibat dengan jemaah dan kerajaan.

Bagi beliau memberi ilmu bukan menyebabkan kemiskinan bahkan menjadi semakin kaya, sebaliknya harta semakin diberi semakin ia berkurangan.

“Inilah yang dikatakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa tidak kedekut untuk membuka rahsia kejayaan beliau selama memegang amanah sama ada di peringkat negeri atau di peringkat pusat,” kata Drs Zainuddin Awang Hamat di lobi parlimen selepas mengunjungi Dato’ Abdul Halim, pagi ini.

Dalam pertemuan berkenaan, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman turut mengingatkan semua wakil rakyat Pakatan khasnya di Kelantan supaya memberi tumpuan atau fokus kepada amanah oleh pucuk pimpinan sama ada bergelar wakil rakyat biasa atau barisan Exco negeri.

Katanya, sebagai wakil rakyat adalah menjadi tuntutan hakiki mereka perlu mempunyai banyak informasi menandakan mereka cakno kepada perkembangan yang amat cepat dalam semua bidang.

Dato’ Abdul Halim yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata, rakyat ingin melihat sejauh mana reputasi wakil rakyat yang dimiliki dapat dijana dan dipertahankan demi kestabilan dasar perjuangan.

“Jika wakil rakyat cakno maklumat sudah pasti persepsi rakyat terhadap mereka memberi lebihan nilai tambah bahawa wakil rakyat kita tepat dan betul memain peranan sebagaimana yang diamanahkan,” katanya kepada wartawan BBC Kelantan di Bangunan Parlimen, di sini pagi ini.

Dalam pada itu Dato’ Abdul Halim menghargai inisiatif MTD Limbongan membangun laman web sendiri bagi menyalurkan maklumat kepada rakyat khasnya pengundi di DUN Limbongan.

SINERGI Kepimpinan…

Foto oleh: Wan Ribu

Tags: , ,

One Response to “YB Dato’ Abdul Halim tidak KEDEKUT…”

  1. Bola Bulat Says:

    hebat.. hebat.. hebat n smart YB Limbongan kita, moga terus kuat untuk terus berjuang..

Leave a Reply