PENGKALAN CHEPA, 5 April – Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa jam 9.00 pagi tadi.

Pemergian Tok Guru ke Tanah Suci selama dua minggu itu turut ditemani isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Setiausaha Sulit, Ahmad Shargowi Deraman dan pengawal peribadi beliau, Haji Zakaria (Abe Ya).

Sementara itu, hampir keseluruhan anggota Exco kerajaan negeri dan wakil rakyat PAS termasuk Speaker DUN, Dato’ Nassuruddin Hj Daud, Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim, Pengerusi BBC, Ustaz Abdullah Ya’kub, timbalannya, Drs Zainuddin Awang Hamat, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berada di LTSIP pagi tadi bagi mengucapkan selamat keberangkatan Tok Guru dan rombongan ke Mekah.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusof, Setiausaha Sulit Khas, Rusdi Abdullah, Setiausaha Akhbar, Ustaz Fadhli Shaari serta Anak lelaki Tok Guru yang juga Ketua Pemuda PAS Pengkalan Chepa, Ustaz Nik Abduh bersama keluarga terdekatnya juga hadir sama berada di LTSIP.

Tags: , , , ,

Leave a Reply