Semak Daftar Pemilih Sambil Tengok Bola di The Garden

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 9th, 2010 in DUN Limbongan, ICT, Isu Semasa No Comments

Unit ICT DUN Limbongan akan menyediakan kemudahan kepada para pengunjung di Restoran The Garden di Cabang 3 Kamil untuk membuat semakan daftar pemilih  secara online pada malam Perlawanan Akhir FIFA 2010, bermula jam dari jam 9 malam 11 Julai 2010 sehingga 5 pagi keesokkan harinya.

Tiga unit komputer peribadi akan disediakan untuk pelanggan di restoran ini khususnya kepada penonton siaran langsung perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010. Pelanggan yang sudah berdaftar secara sah dengan SPR sebelum ini boleh terus membuat cetakan rekod  keterangan sebagai simpanan peribadi.

Khidmat secara layan diri dengan dibantu oleh seorang petugas khas, pelanggan juga boleh mendaftar secara manual dengan mengisi borang ringkas  mengenai keterangan peribadi. Kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat DUN Limbongan seterusnya akan membantu membuat pendaftaran dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Dalam pada itu Pengurus The Garden Cafe, Suhaimi Said mengalu-alukan kedatangan pelanggan memeriahkan lagi suasana Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Dunia 2010 di sini sambil menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tempatan yang sentiasa cakna pada isu semasa.

ADUN Limbongan ketika ditemui sedang minum petang di sini menyatakan bahawa kemudahan ini perlu disediakan bukan sahaja pada malam sempena siaran langsung perlawanan akhir bolasepak ini sahaja, malah ianya perlu ada sepanjang masa kerana tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar adalah penting bagi rakyat dalam menentukan masa depan negara. Tambahan lagi, masih ramai yang belum mendaftar sebagai pemilih yang sah di DUN Limbongan ini terutama golongan muda.


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , , ,

Leave a Reply